Kasut ‘Breathe Collection’ yang baharu ini, Nike fokuskan kepada musim panas. Untuk melawan kepanasan, koleksi ini mengetengahkan kebolehan ‘bernafas’ dan kasut ringan yang cukup selesa untuk dipakai semasa melakukan apa-apa aktiviti pada musim panas. Pasukan ‘Nike Design’ menggabungkan bahan-bahan ringan dan kebolehan ‘bernafas’ ke dalam koleksi kasut ini bagi membantu kaki bebas daripada suhu tinggi musim panas.
Nike ‘Breathe Collection’ membuat semula dua daripada kasut ikonik Nike — kasut klasik Nike Air Max dan Nike Roshe Run berubah menjadi kasut ‘ultra-bernafas’ dan juga ringan.
NIKE AIR MAX LUNAR1
Nike Air Max Lunar1 mengetengahkan kusyen ringan dan fleksibel. Musim ini, beveled ribs of Lunarlon foam ditonjolkan oleh tingkap berwarna yang melengkapi jejaring atas.
NIKE AIR MAX 1
Lapisan kulit, suede dan lapisan sintetik yang dibuang, hasilnya, kasut ini ringan dan kebolehan ‘bernafas’ telah dipertingkatkan. Fit tongue yang dinamik memastikan kaki kekal selamat dan kekal bergerak bersama badan, sementara alatan Phylon yang digunakan menjadikan tapak kasut ultra-ringan dan sangat selesa.
NIKE ROSHE RUN
Gaya yang cool dan warna terang mendefinisikan kasut Nike Roshe Run musim ini. Untuk lelaki — tapak kasutnya yang menonjol memberikan suatu kontra kepada bahagian atasnya yang neutral. Bagi wanita pula — tapak kasut putih disesuaikan bersama bahagian atas kasut yang menyerlah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari NIKE’S NEW BREATHE COLLECTION