Wanita dan kecantikan, memang tidak dapat dipisahkan. Semakin meningkat umur wanita, semakin sukar untuk memastikan kulit sentiasa cantik dan segar macam waktu remaja dahulu. Sudah pasti kedut, bintik hitam, jeragat dan kulit kusam menjadi igauan ngeri para wanita dan lelaki. Garis dan kedutan ini makin ketara tatkala menginjak usia kerana pada usia masih muda, kulit masih mempunyai banyak serat elastik yang dipanggil elastin dan protein pelindung dipanggil kolagen.
Tetapi kulit akan kehilangan elastin dan kolagen , dan hasil yang tidak dapat dielakkan adalah kedutan. Bagi kebanyakan wanita , kemunculan kedutan ini adalah tanda pertama penuaan. Mujurlah, terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah dan mengurangkannya dengan rawatan di rumah atau rawatan perubatan di pusat kecantikan. Tetapi sebenarnya, kecantikan wajah dan tubuh badan anda dapat dipelihara dengan mengamalkan pengambilan suplemen yang berasaskan plasenta kambing biri-biri iaitu I-YOUNG SHEEP PLACENTA COMPLEX yang juga menggunakan formula unik iaitu SupraBio System yang telah dipatenkan yang membantu meremajakan dan meningkat kesihatan badan kita.
Baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk hadir di majlis pengenalan produk I-YOUNG ini yang bertempat di I-Young Wellness Spa yang terletak di Taipan Triangle, Subang Jaya. Pihak media telah diberikan taklimat khas mengenai kebaikan produk yang baik untuk kulit ini dan juga mencuba perkhidmatan rawatan wajah yang menggunakan serum untuk meremajakan kulit.
Mungkin ada diantara pembaca yang tidak tahu mengenai khasiat, kebaikan dan juga mungkin ada yang bertanya adalah produk ini halal dimakan?
Kelebihan suplemen I-YOUNG SHEEP PLASENTA COMPLEX
- Plasenta biri-biri mempunyai khasiat nutrien yang tinggi seperti ( asid nucleic, asid amino dan multivitamin.
- Meremajakan kulit, menguatkan sistem imun badan dan menjadi agen anti penuaan yang menakjubkan.
- Asid amino memang sinonim dengan khasiat anti penuaan dengan unsur seperti creatine dan juga glutamine.
- Ia juga mampu menguatkan tulang dan juga keanjalan tisu badan seperti kulit dan membran.
Kebaikan Tocotrienol di dalam suplemen
Ianya mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Selain itu juga ia mempunyai ratio alpha-, beta-, gamma, dan delta-tocotrienols yang tinggi yang mampu membantu mengurangkan penyakit jantung. Selain itu juga, ia mempunyai agen anti penuaan, baik untuk rambut dan membantu mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.
Yang paling menarik, suplemen I-YOUNG ini menggunaka LEMS ( Liquid Encapsulated Micro Spray Sealing ) yang dipatenkan untuk melindungi kapsul cecair daripada bocor. Ia juga dapat memastikan kualiti suplemen sentiasa terjaga dengan baik.
Harga
Justeru itu, wanita yang ingin kelihatan cantik dalam waktu yang singkat tanpa berbelanja besar, boleh mencuba suplemen ini. Ia didatangkan di dalam kotak berwarna biru yang mengandungi 30 kapsul gel lembut yang mengandungi bahan seperti Sheep Placenta extract, Tocomin Tocotrienol, Niacin Amide dan juga Vitamin A. Setiap kotak dijual pada harga RM488. Anda boleh mendapatkan produk ini di I-Young Wellness Spa, Taipan Triangle, Subang Jaya.