Program Gegar Vaganza iaitu program nyanyian yang hangat diperkatakan sedang ditayangkan di saluran Astro Ria yang telah ditayangkan sejak 16 November lalu. Yang menariknya, kesemua 12 orang penyanyi yang menyertai pertandingan ini pernah popular sekitar tahun 1990-an hingga 2000. Di antara pesertanya adalah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla. Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengembalikan zaman kegemilangan masing-masing.
Bukan sedikit hadiah yang ditawarkan untuk pemenang program ini. Wang tunai RM100,000 bakal diperolehi oleh juara Gegar Vaganza manakala naib juara akan menerima RM30,000. Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM15,000 dan RM5,000.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ini seorang wartawan senior dikatakan tidak sengaja ‘pecah tembelang’ mengenai maklumat peserta yang bakal ke peringkat akhir program Gegar Vaganza. Ramai yang keliru mengenai artikel yang dikeluarkan oleh wartawan itu kerana program itu baru saja bersiaran sebanyak dua episod. Tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa itu adalah salah satu gimik untuk mempopularkan rancangan itu. Di dalam artikel itu juga ada menyebut mengenai finalis akhir Gegar Vaganza iaitu Ifa Raziah, Rahmat Mega, Mamat Exist, Haleeda, Ayai Illusi, Fazli Zainal dan Shima. Hmmmm… Pening kami.. Layan saja!