1) Epal
Epal yang diparut disapu pada jerawat setiap hari dapat membantu menghilangkan jerawat secara semula jadi. Topeng muka epal juga berfungsi dengan baik untuk kulit sensitif. Campurkan epal yang telah diparut bersama madu untuk membentuk pes topeng muka anda. Anda boleh gunakannya setiap hari!
2) Avocado
Avocado berfungsi dengan baik untuk kulit berminyak. Anda hanya perlu hancurkan avocado bersama campuran jus lemon dan putih telur. Sekarang gunakan campuran ini pada wajah dan leher anda. Cuci selepas 20 minit dan anda akan dapat lihat muka anda bercahaya secara semulajadi dan berseri-seri.
3) Pisang
Pisang membantu untuk membaiki kerosakan kulit anda. Ia mempunyai ciri-ciri perubatan yang bekerja terutamanya untuk kulit kering. Ia juga sangat bermanfaat untuk kulit yang berjerawat. Selain itu, pisang juga dapat menjadikan kulit anda lembut dan licin. Anda hanya perlu lenyekkan pisang dan tambahkan minyak zaitun. Untuk kulit berminyak, anda boleh gantikan minyak zaitun dengan madu.
4) Oren dan lemon
Oren dan lemon mempunyai ekstrak citrus yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit yang rosak. Mereka kaya dengan Vitamin C dan zink yang akan membantu untuk menghilangkan jerawat. Kisar 3 sudu besar jus oren segar, 2 sudu besar jus lemon dan 1 sudu makan madu. Sapukan ini pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit. Akhir sekali basuh dan lap sehingga kering. Amalkan setiap hari dan anda akan lihat perubahan pada kulit anda dalam masa beberapa minggu. Anda juga boleh hilangkan lutut gelap dan siku gelap dengan menggosokkan jus lemon setiap hari kepadanya.
5) Strawberi
Strawberi bekerja dengan baik untuk kulit yang bermasalah jerawat. Selain itu, ia mengetatkan liang-liang kulit anda dan memberikan cahaya. Lenyekkan strawberi masak dan yogurt dalam mangkuk. Sekarang, anda boleh sapukan campuran ini pada kulit anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian cuci.
6) Betik
Buah betik dapat membantu untuk merawat kulit gelap akibat panahan cahaya matahari. Ia juga dapat menghilangkan jerawat dan jeragat di wajah. Campurkan betik yang telah dilenyek dengan serbuk sandalwood. Sapukan campuran ini pada kulit anda untuk kulit kelihatan bercahaya dan berseri dalam masa yang singkat!
7) Pic
Selain tinggi dengan Vitamin A dan C, pic juga mengandungi alpha hydroxy asid. Mereka bersama-sama membantu untuk mengurangkan dan mencegah kedutan, mengurangkan tompok penuaan dan mencegah liang roma daripada tersumbat. Campurkan buah pic masak bersama putih telur untuk menghasilkan topeng muka anda. Untuk kulit kering, campurkan pic dengan yogurt. Untuk kulit berminyak pula, gantikan yogurt dengan madu.