Pernah tak anda jumpa ataupun menginap di hotel yang bertemakan bas? Jika tidak pernah, sekarang anda boleh berkunjung ke Melaka kerana kini terdapat Bustel (bas+hotel)! Wow, unik!
Ia merupakan Produk Pelancongan terbaru di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang. Ini adalah lokasi yang pertama di negara yang menempatkan sebanyak 40 buah bas yang telah diubah suai menjadi chalet, restoran dan juga kedai jualan cenderamata. Ianya juga mengekalkan nama-nama asal bas itu bagi mengekalkan nostalgia perkhidmatan bas pada suatu ketika dahulu.
Segala kelengkapan seperti di hotel disediakan di dalam Bustel ini, termasuklah katil, almari, bilik mandi, meja bersiap, televisyen dan penghawa dingin. Semestinya dengan harga yang sangat berpatutan.
Sangat unik dan menarik, bukan? Kami sertakan disini maklumat mengenai Bustel Klebang Melaka supaya mudah untuk anda yang ingin menempah bilik disana.
Alamat: 75250 Klebang Besar, Melaka, Malaysia
Nombor telefon: 60197414113
Email: [email protected]
Sumber: Bustel Klebang Melaka