Baru-baru ini SAFI, jenama halal nombor 1 di Malaysia telah memperkenalkan produk SAFI RANIA GOLD terbaru mereka yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k & Protein Sutera bagi meremajakan dan mencerahkan kulit. Kombinasi hebat kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen I dan Kolagen III agar kulit lebih anjal, malah mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta merupakan ejen anti oksidan yang hebat.
“Kami memahami impian setiap wanita yang mahu sebuah rangkaian produk anti penuaan yang bukan sahaja dirumus khusus untuk menangani masalah penuaan malah mencerah dan meremajakan kulit. SAFI RANIA GOLD merealisasikan impian itu di dalam variasi produknya setiap satu dengan manfaat tambahan tersendiri dalam mengatasi masalah penuaan” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman – Pengurus Kumpulan Produk SAFI.
Tambah beliau lagi “berdasarkan hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd, generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini menjadikan kulit sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dalam masa 4 minggu berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan keatas 50 orang wanita Malaysia . Ini adalah komitmen kami kepada anda para wanita SAFI”.
“Dewasa ini, wanita terdedah kepada masalah penuaan pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Kami mahu para wanita SAFI kekal remaja untuk lebih lama, oleh itu ayuh mulakan dari awal. Perkasakan rejim anti penuaan anda bersama SAFI RANIA GOLD seawal usia 25 tahun”, ujar beliau di majlis pelancaran rangkaian tersebut.
Generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan anti penuaan anda. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk masing-masing diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.
Menyempurnakan kehadiran produk anti penuaan bingkisan emas ini adalah “Ratu Rania” SAFI RANIA GOLD Nora Danish – Beliau adalah potret keayuaan kontemporari wanita kini.
“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada SAFI RANIA GOLD sebuah jenama yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita M sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada SAFI RANIA GOLD sebuah jenama yang melengkapkan impian kecantikan “Insetiap wanita alaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal. Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini serta kepentingan untuk memulakan rejim kecantikan anti-penuaan dari awal bersama SAFI RANIA GOLD.” Jelas duta terbaru SAFI RANIA GOLD itu.
Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Nora turut berkongsi lebih lanjut tentang rejim kecantikan emas SAFI RANIA GOLD beliau dan produk SAFI RANIA GOLD yang mesti ada bersama beliau, “Hanya dalam masa tiga minggu saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan”.
“Tunggak kecantikan saya adalah empat produk SAFI RANIA GOLD yang setiap wanita juga harus ada, Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD membersihkan sisa kotoran pada kulit muka dengan berkesan diperhebat dengan manfaat KARNOSIN yang melindungi kulit dari radikal bebas, membuatkan kulit cerah dan sekata. Ia turut memberikan kelembapan dan kesegaran berpanjangan”.
“Oh ya! Mana mungkin saya lupakan kunci kecantikan emas saya!, selepas membersihkan wajah, jangan lupa untuk memakai Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD dengan lebih 50X BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA. Gunakan serum pada muka dan leher anda, pastikan ia disapu pada urutan keatas. Ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar tanda penuaan pramatang diperlahankan sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah”.
“Selepas pengunaan serum, pastikan anda memakai Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan perlindungan SPF25PA++ diperhebatkan dengan LIGHT DIFFUSING CRYSTALS yang mampu mengimbangkan tona kulit, justeru kulit tidak kelihatan pucat atau kekuningan”.
“Pada sebelah malam oleskan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD dengan manfaat PHYTO-SLC– krim bergel tanpa kesan melekit. Ia memulih, mencerah dan menganjalkan kulit dengan meningkatkan aktiviti sel serta penghasilan kolagen”.