Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Hukum — Memakai Telekung Lycra Tidak Sah Solat?

by Aida Sue
November 13, 2014
9
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

20141113-083802.jpg

Baru-baru ini gempar di Facebook apabila pengguna FB berkongsi kenyataan mengenai wanita yang memakai telekung lycra, tidak sah solatnya dan berdosa. Jadi, kami ingin berkongsi pendapat mengenai adakah benar tidak sah solat dengan memakainya kerana nampak susuk badan?

Jawapan :

بسم الله الرحمن الرحيم

Telekung lycra menjadi pilihan wanita, pada pandangan kita, ialah kerana faktor cuaca di tempat kita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sedang berbadan dua, ataupun sedang di ambang menopaus. Mereka ingin beribadah dengan selesa, lalu ingin memilih jenis kain yang selesa dipakai.

TELEKUNG BUKAN SYARAT SAH SOLAT

Selalu kita sebutkan, memakai telekung bukankah suatu kewajipan. Syarat sah solat itu ialah menutup aurat, bukan memakai telekung solat. Pakaian untuk solat tidak semestinya berwarna putih, tidak semestinya kosong tanpa corak. Jika pakaian harian kita sudah bersih, cukup syarat menutup aurat, longgar, kita boleh solat dengan pakaian harian itu.

Memakai telekung bukan syarat sah, tetapi kerana kebiasaan dan keselesaan kita, walaupun pada asalnya supaya aurat lebih tertutup dengan sempurna. Mungkin juga kerana pakaian harian ataupun pakaian kerja kita tidak cukup syarat menutup aurat, makanya, apabila hendak solat, kita memang mesti memakai telekung untuk menutup aurat yang masih tidak lengkap tertutup.

Sebenarnya, aurat dalam solat dan aurat di luar solat (apabila ada lelaki ajnabi/bukan mahram) sama sahaja. Sama perlu ditutup sempurna, sama batas auratnya. Bahkan ada mazhab yang mengatakan aurat dalam solat semasa tiada lelaki ajnabi lebih ringan berbanding aurat di luar solat. Bagi mazhab Abu Hanifah, kaki (ظهر القدم) boleh dibuka apabila solat semasa ketiadaan lelaki ajnabi.

PAKAIAN KETAT ATAU MENAMPAKKAN SUSUK BADAN SEMASA SOLAT

Persoalan dalam hal ini sebenarnya ialah, apa hukum solat dengan memakai pakaian yang ketat/menampakkan susuk badan, sedangkan pakaian itu memang tebal tidak menampakkan kulit, dan sudah menutup bahagian aurat yang perlu ditutup?

Para ulama’ mengatakan solat itu SAH, tetapi MAKRUH, dan jika ia dipakai semasa solat yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi, perbuatan itu BERDOSA.

Antara lain :

Al-Syeikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah mengatakan :

“Wajib memakai pakaian yang menutup aurat, walaupun pakaian itu ketat menampakkan bentuk aurat. Sekiranya pakaian itu nipis sehingga nampak putih ataupun merahnya kulit, pakaian itu tidak boleh dipakai dalam solat.”

Al-Syeikh Saleh al-Fawzan memfatwakan sahnya solat wanita yang memakai pakaian ketat yang menutup seluruh bahagian auratnya, dalam masa yang sama, berdosa memakai pakaian begitu.

Beliau mengatakan :

“Pakaian ketat yang menyerlahkan bentuk badan wanita tidak boleh dipakai. Pakaian ketat tidak boleh dipakai baik oleh lelaki mahupun wanita, lebih-lebih lagi kaum wanita, kerana lebih banyak fitnah ada pada mereka.

Adapun hukum solat dengan memakai pakaian ketat, sekiranya ia menutupi bahagian aurat, maka solatnya SAH kerana adanya penutup aurat, namun berdosa orang yang solat dengan memakai pakaian ketat, kerana dia (seolah-olah) melanggar satu daripada peraturan solat dengan sebab ketatnya pakaian yang dipakainya itu. Ini dari satu sudut.
Dari sudut kedua pula, ia menarik pandangan, lebih-lebih lagi kaum wanita. Maka wajib bagi wanita memakai pakaian yang longgar sempurna menutup auratnya :
tidak menampakkan bentuk badannya, tidak menarik pandangan kepadanya, tidak nipis ataupun jarang, sebaliknya pakaian itu hendaklah menutup wanita itu dengan sempurna.”

KESIMPULAN : HUKUM TELEKUNG LYCRA?

1. Sekiranya telekung lycra dipakai menyerlahkan susuk badan, maka hukumnya sama seperti pakaian ketat. Sah solat, tetapi makruh. Berdosa jika dipakai di hadapan lelaki ajnabi.

2. Sekiranya pakaian harian yang dipakai itu tebal, sehingga memakai telekung lycra pun tidak menampakkan susuk badan kerana sudah dilapisi pakaian tebal di dalamnya, ia tidak dikira sebagai ketat.

Pastikan pakaian yang kita pakai tidak menyerlahkan susuk badan, tidak kira apa jenis pun nama kain dan potongannya. Baik di dalam solat, mahupun di luar solat, apabila dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.

والله اعلم

Rujukan ringkas :

Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Abu Malik Kamal, Sahih Fiqh Sunnah
http://islamqa.info/ar/143733
http://islamqa.info/ar/46529
http://ar.m.wikipedia.org/wiki/قدم

Tulisan oleh :
Ustazah Nabilah Hasan

20141113-083813.jpg

20141113-104920.jpg

Tags: hukum telekung lycrahukum telekung lycra sah solatlycra dan solatlycra solat wanitasolatsyarat sah solat
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.