Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Amalkan Ikan Tuna – 7 Khasiat Tersembunyi

by Lisa AG
November 11, 2014
472
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

tuna-salad-two-ways-6

Makanan laut terutama ikan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tubuh kerana ia kaya dengan kandungan asid lemak penting omega-3, mineral, antioksida dan vitamin.

Pengambilan makanan laut dalam jumlah yang mencukupi menyumbang kepada keperluan protein yang membantu meningkatkan metabolisma, seterusnya menggalakkan penurunan berat badan.

Kandungan nutriennya juga mampu menjaga kesihatan dan mengelak daripada risiko penyakit yang biasa berlaku dalam masyarakat seperti berat badan berlebihan, kencing manis, kardiovaskular, serangan strok dan masalah lemak dalam salur darah iaitu aterosklerosis.

Ikan Tuna 

1. Sarat dengan khasiat seperti mineral, selenium, magnesium, potasium, kumpulan vitamin B kompleks dan omega-3. 

2. Baik untuk kesihatan jantung seperti mengelak masalah ritma degupan jantung tidak sekata, mengurangkan risiko darah beku, membekalkan kolesterol baik pada tubuh, mengurangkan kesan kolesterol bahaya, membantu mengurangkan masalah radang, seterusnya menghalang arteri daripada tersumbat dengan plak lemak yang terkumpul dalam badan.

IKLAN

3. Kandungan tinggi vitamin B6 dalam tuna bersama asid folik, membantu melindungi dinding arteri daripada risiko aterosklerosis, seterusnya mengelak masalah darah tinggi yang menjurus kepada serangan jantung.

4. Tuna juga baik untuk kesihatan mata kerana omega-3 yang ada pada ikan berkenaan mampu menentang masalah degenerasi makula mata, satu keadaan yang mana penglihatan merosot dan antara risiko yang banyak menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas. 

5. Kajian yang dijalankan mendapati pertambahan pengambilan omega-3 boleh mengurangkan sindrom mata kering iaitu punca utama dan aduan yang sering didengar daripada kebanyakan orang. 

6. Ia juga dikatakan boleh menghalang masalah hilang ingatan seperti Alzheimer kerana membantu pengaliran darah yang lancar ke otak dan mengurangkan keradangan di otak.

7. Tuna dikatakan mampu meningkatkan mood seseorang dan mengurangkan perasaan tertekan yang dialami apabila aliran darah menjadi lancar, membantu fungsi otak, hormon dan sistem pertahanan badan.

SUMBER

Tags: ikan tunajantungkebaikan ikan tunakhasiat ikan tunamakan ikan tunamakanan lautmataotaktuna
Share189SendShare

Artikel Berkaitan

Tampil Stailo Dengan Warna Kuning Membara, DIVA Ada Cara Mix n Match
Fesyen

Tampil Stailo Dengan Warna Kuning Membara, DIVA Ada Cara Mix n Match

by Lisa AG
August 8, 2022
0

Tak semua orang nampak cantik mengenakan warna kuning. Kalau salah pilih, boleh jadi buruk dan mencacatkan penampilan. Nampaknya, warna kuning...

Baca Lagi
Selain Celine, Beg Bahu Kegemaran Hailey Bieber Ini Jadi Tumpuan
Fesyen

Selain Celine, Beg Bahu Kegemaran Hailey Bieber Ini Jadi Tumpuan

by Soph.Azz
August 8, 2022
0

Sebut sahaja 'Hailey Bieber', isteri kepada Justin Bieber ini sentiasa jadi tumpuan orang ramai. Hailey yang merupakan antara selebriti paling...

Baca Lagi
Minum Kopi Ini, Kamu Akan Terus Bertenaga Bila-Bila Masa & Di Mana Saja
Gaya Hidup

Minum Kopi Ini, Kamu Akan Terus Bertenaga Bila-Bila Masa & Di Mana Saja

by Lisa AG
August 8, 2022
0

Luar biasa, kerana kopi ini akan memastikan kamu terus bertenaga pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Herbalife Nutrition melancarkan...

Baca Lagi
Vitamin C Pilihan DIVA Bila Nak Kurangkan Bintik Hitam, Wajah Makin Berseri
Kecantikan

Vitamin C Pilihan DIVA Bila Nak Kurangkan Bintik Hitam, Wajah Makin Berseri

by Soph.Azz
August 8, 2022
0

Muka makin gelap, kusam dan penuh dengan bintik hitam bukan saja mengganggu; tetapi dapat 'mencacatkan' penampilan seseorang. Walaupun kaedah semula...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.