Tahukah anda siri anime popular Jepun, Doraemon kini ditayangkan di Amerika Syarikat saluran Disney. Walaubagaimanapun, siri anime 26 episod itu telah ditapis oleh Disney yang membuat beberapa perubahan bagi mengikut standard televisyen Amerika. Ramai beranggapan perubahan yang dilakukan Disney itu mengubah originality siri anime Doraemon. Bayangkan nama Nobita juga ditukar, malah tiada lagi unsur Jepun apabila banyak perkara diubah menjadi versi Amerika.
Berikut adalah senarai 16 perkara yang ditapis Disney.
1. Nobita tukar kepada Noby
2. Suneo bertukar kepada Sneech
3. Nama Sizuka masih dikekalkan, cuma segelintir memanggilnya Sue
4. Dekisugi dipanggil Ace
5. Giant pula ditukar kepada Big G
6. Versi US tunjukkan watak mereka gemar memakan buah-buahan, tiada lagi makanan manis
7. Takecopter dipanggil Hopter
8. Pintu ikonik Dokodemo Door kini ditukar kepada Anywhere Door
9. Dalam episod “Hashire Umatake,” air mata Nobita tidak lagi ditunjukkan
10. Dalam episod “Henshin! Dracula Set,” kit pertolongan cemas ditukar kepada pizza
11. Dalam episod yang dikenali sebagai “Doraemon no 100-men Time Capsule,” anak patung ditukar. Juga isi kapsul masa telah diubah.
12. Kertas ujian bahasa Jepun telah ditukar
13. Papan tanda Jepun telah ditukar ke dalam bahasa Inggeris ‘Goda’s Goods’.
14. Mata wang Jepun, Yen ditukar kepada US Dollar.
15. Chopstick ditukar kepada garfu, watak sepatutnya makan omelet bersama nasi ditukar ke pancakes.