Sekiranya anda seorang ‘kaki travel’, sudah pasti anda tahu akan kepentingan menjaga kulit badan semasa travel. Perubahan cuaca dan cuaca yang tidak menentu sudah pasti akan membuatkan kulit anda cepat kering, gelap kesan terdedah matahari dan sebagainya. Jadi, amat penting untuk anda membawa produk penjagaan badan yang baik dan sesuai dengan masalah kulit anda seperti yang akan kami kongsikan disini. Berikut adalah 4 produk ‘travel checklist’ penjagaan badan yang perlu anda miliki dan bawa kemana saja anda pergi.
KORRES Body Butter
Sejenis krim yang mewah, diperkaya dengan shea butter. Body butter yang wangi dan berkrim ini diperkaya dengan mentega shea dan quince ekstrak untuk melembutkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Bunga matahari, badam, dan minyak avocado menyuburkan, dan membantu meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit. Ia boleh disapukan diseluruh anggota badan terutamanya siku kering, tumit, dan lutut. Bagus digunakan ketika kulit masih lembab iaitu selepas mandi.
BLISS Lemon+Sage Body Butter Maximum Moisture Cream
Bliss Body Butter mengembalikan kelembapan untuk meratakan kulit yang paling kasar dan bersisik kerana ia melindungi kulit daripada radikal bebas. Ini menghaluskan, melembutkan, dan menghidrat kulit kering, tanpa membuat ia berminyak. Digunakan di lebih 70,000 spa di seluruh dunia setiap tahun, formula melicinkan kulit yang unggul ini telah mendapat jumlah pengguna yang ramai, membuatkan nya menjadi salah satu jualan produk Bliss yang terbaik. Selain itu, wangian nya juga ringan dan menyegarkan.
FRESH Seaberry Restorative Body Cream
Krim ini digunakan sebagai rawatan kepada kulit kering. Kaya dengan omega 3,6, 7, dan 9, pelembap ini menyuburkan kulit kering dan sebagai tambahan, menenangkan dan melegakan kerengsaan. Diperkaya dengan minyak seaberry, juga dikenali sebagai minyak seabuckthorn, minyak biji kranberi, dan sal seed butter, bahan-bahan ini membantu untuk memulihkan, melindungi dan melembutkan kulit. Vitamin E juga berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan kelancaran manakala minyak biji kernel aprikot dan biji jojoba membantu menghidrat dan menyuburkan. Sea lavender seterusnya membantu melegakan dan menenangkan kulit kering. Krim ini telah terbukti mempunyai effect pelembap selama 24 jam selepas sapuan pertama.
L’OCCITANE Hand Creams
Krim ini diperkayakan dengan shea butter. Pelembap yang lembut ini mampu menembusi kulit dengan cepat untuk melindungi dan melembapkan tangan kering. Setiap formula diperkaya dengan 20 peratus shea butter dan bahan-bahan semula jadi berkhasiat lain seperti madu, badam, biji anggur, dan minyak kelapa untuk kulit yang cantik dan lembut.