Menurut penjelasan Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah mengenai hukum mencabut uban, tidak dibolehkan bagi wanita dan lelaki untuk mencabut uban, berdasarkan sabda Rasulullah saw :
“Janganlah kamu mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang tumbuh uban di dalam Islam melainkan ubant ersebut baginya menjadi cahaya pada hari kiamat.” ( Riwayat Abu Daud )
Tetapi, disyariatkan untuk mewarnakan uban dengan warna kuning atau merah. Bahan yang paling baik digunakan untuk mengubah warna uban adalah inai dan katm.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi bersabda :
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarna, maka berbezelah dengan mereka” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Tetapi, tidak disyariatkan mewarna rambut dengan warna hitam. Rasulullah saw telah bersabda ketika baginda melihat Abu Quhafah pada hari penaklukan Mekah sedang kepala dan janggutnya berwarna putih :
“Ubahlah oleh kamu ini dengan sesuai dan jauhi warna hitam.” ( Riwayat Muslim, Nasa’i dan Abu Daud )
Mengecat kuku tangan dan kaki
Mu’azah meriwayatkan bahawa seorang wanita pernah bertanya kepada Aisyah r.a apakah wanita haid boleh mengecat kuku? Dia menjawab : “Semasa Nabi saw, kami mengecat kuku dan baginda tidak melarang kami dari hal itu.” ( Riwayat Ibnu Majah ). Demikian juga mengecat di kala suci dari haid. Tetapi hendaklah dihilangkan apabila hendak berwuduk.