IKEA “Bring Your Own Friend Day (BYOF)” yang pertama di Malaysia akan diadakan pada Sabtu, 8 November 2014 bertempat di IKEA Damansara dari jam 10 pagi sehingga 11 malam. Acara “in-store event” ini menawarkan suatu pengalaman membeli-belah yang istimewa meliputi tawaran eksklusif, aktiviti-aktiviti di dalam kedai dan bengkel eksklusif kepada ahli IKEA FAMILY dan rakan-rakan.
Hari BYOF pertama IKEA Malaysia ini adalah acara untuk seisi keluarga. Selain tawaran eksklusif dan aktiviti untuk orang dewasa, akan diadakan juga satu pertandingan “Soft Toys Drawing” yang dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak dari IKEA FAMILY dan ahli Småles pada 8 November 2014 dan akan dibuka kepada umum mulai 9 November hingga 23 November 2014.
Mari daftar diri anda dan rakan untuk IKEA BYOF!
Ahli IKEA digalakkan untuk melawat IKEA.my/FAMILY/BYOF atau IKEA Facebook Fanpage untuk daftarkan diri dan rakan. Keistimewaan menarik menanti mereka yang mendaftar awal, termasuk:
1) Cabutan bertuah setiap jam
2) Baucer penebusan RM10 IKEA FAMILY pada setengah nilai biasa di IKEA Damansara pada 8 November 2014
3) Tawaran produk untuk ahli sahaja
4) Aktiviti menyeronokkan dan bengkel untuk anda dan rakan-rakan. Ruang untuk setiap bengkel adalah terhad, jadi daftar lebih awal untuk menempah tempat duduk anda
5) Kupon untuk hadiah percuma dengan pembelian dan menawarkan makanan khas untuk 5,000 ahli IKEA FAMILY pertama yang datang ke IKEA Damansara pada Hari BYOF tersebut
Untuk dapatkan lebih banyak berita daripada IKEA, hubungi mereka di Facebook (facebook.com/IKEAMalaysia) atau kunjungi IKEA.my!