Sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia, Softlan® melancarkan kempen kesedaran tahunannya pada 27 Oktober yang lalu untuk membantu mendidik para pengguna dan keluarga mereka tentang pencegahan kanser payudara. Menurut Persatuan Onkologi Malaysia, kanser payudara adalah kanser paling biasa yang dihidapi wanita di Malaysia. Kempen daripada jenama tahun ini adalah, “We Stand by You”, yang menumpukan kepada sokongan terhadap pesakit kanser payudara dan mereka yang terselamat serta ahli keluarga mereka yang sering menjadi sumber kekuatan.
“Softlan® terus menyokong perjuangan ini kerana wanita melambangkan nadi sesebuah rumah serta merupakan pelanggan teras kami. Kami prihatin terhadap kesihatan dan kesejahteraan pengguna kami dan keluarga mereka, dan kempen ini bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan wanita supaya membuat imbasan dan kerap memeriksa diri mereka sendiri,” kata Peter Torrington, Pengurus Besar, Colgate-Palmolive Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada We Stand by You, Softlan® bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membantu meningkatkan kesedaran dan membuat komitmen untuk mengumpul dana dengan jumlah minimum RM100,000 sepanjang bulan ini. Dengan setiap pembelian pelembut fabrik Softlan®, 10 sen akan didermakan kepada rakan kongsi kebajikan jenama.
“Perang melawan kanser payudara ini memerlukan usaha gigih oleh banyak pihak, dan kami bertuah dapat bekerjasama dan menyokong BCWA, MAKNA, dan NCSM. Harapan kami adalah supaya dana ini nanti akan dapat membantu dalam bidang penyelidikan dan bantuan, dan agar semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama kami mendidik dan memperkasakan wanita dalam kehidupan kita secara proaktif,” tambah Torrington.
Bagi menandakan pelancaran We Stand By You, Softlan® mengadakan “Pink Day Out” – acara yang mengumpul keluarga yang terselamat daripada kanser payudara dan meraikan perjalanan mereka ke arah kehidupan baharu dengan majlis makan tengah hari istimewa di Tropicana Golf & Country Resort. Ahli keluarga, terutamanya anak-anak, secara sukarela meluangkan masa dan usaha untuk belajar memasak dan menyediakan “menu bertema merah jambu” yang enak untuk ibu mereka.
“Saya sungguh terkejut dengan apa yang telah dirancang untuk hari ini dan sangat kagum bagaimana keluarga saya mampu melakukan ini semua tanpa pangetahuan saya. Mereka tidak pernah pun ke dapur dan bila saya tahu mereka benar-benar mencuba menyediakan hidangan ini, ia menjadi hadiah yang bermakna buat saya,” kata Noor Mazidah, 41, seorang yang terselamat dari kanser payudara.
“Saya rasa dihargai dan menjadikan saya sungguh gembira. Melawan kanser payudara bukan mudah tanpa sokongan daripada keluarga saya. Merekalah penawar kepada kesedihan saya. Saya akan sentiasa mengingati hari ini,” tambah Nor Hamizah binti Abdullah, 40 yang telah memerangi kanser payudara sejak tahun 2009.
Produk Softlan® boleh dibeli di semua pasar raya utama dan pasar raya hiper. Untuk maklumat lanjut tentang Softlan®, layari laman Facebook mereka di www.facebook.com/SoftlanBCC.