Mungkin jenama telefon pintar Huawei agak asing bagi anda, tetapi percayalah, selepas menggunakan telefon pintar Huawei Ascend P7 anda pasti tidak mahu menggunakan telefon pintar dari jenama lain. Penulis berpeluang memakai telefon ini dan penulis amat sukakan beberapa aspek telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia ini. Telefon pintar ini hanya senipis 6.5mm, sekali gus menjadikannya telefon pintar 4G LTE paling nipis di dunia. Penulis gemarkan rekabentuknya yang mesra-wanita dan memang nampak cantik dan sofistikated. Selain itu juga ia mempunyai rekaan binaan kerangka yang premium dan canggih dengan harga mampu milik. Banyak sebenarnya kelebihan telefon Huawei Ascend P7 ini, diantaranya :
- Imej berdefinisi tinggi dirakam melalui kamera bahagian belakang yang terdiri daripada lensa Back-illuminated sensor (BSI) bukan sfera berkapasiti 13MP.
- Kamera hadapan Ascend p7 ini mempunyai kapasiti 8MP dan juga menawarkan fungsi “groufie” yang membolehkan gambar selfie secara beramai-ramai dilakukan. Memang lain dari yang lain!
- Kamera depan Ascend P7 ini mempunyai perisian IMAGESmart 2.0 yang direka khas untuk merakam gambar sendiri (selfie) yang lebih baik dengan adanya BEAUTY MODE hingga 10 tahap.
- Dilengkapi aplikasi mengedit gambar untuk mengecilkan wajah, membesarkan mata dan lain-lain. Ini yang paling penulis gemari. Tidak perlu memuatnaik pelbagai aplikasi gambar untuk ‘mencantikkan’ wajah lagi!
- Selain itu juga, ia mempunyai paparan skrin sentuh FHD bersaiz 5 inci dengan resolusi 1920 x 1080.
- Ascend P7 memiliki penampilan metalik yang ditempa oleh kemasan permukaan bahagian belakang tujuh lapisan bersama satu rekaan corak mikro ‘kesan putaran’ yang halus. Dengan kemasan ini, anda tidak perlu memakai cover telefon yang cantik kerana telefon ini sendiri sememangnya sudah menarik.
- Bukan sekadar sebuah peranti sofistikated yang selesa untuk dipegang, Ascend P7 ini dilengkapi Corning® Gorilla® Glass 3 yang kukuh pada bahagian hadapan dan belakangnya. Bermakna ia tahan lasak!
- Dengan menggunakan Image Signal Processor (ISP), fungsi kamera ini sama seperti kamera DSLR termasuklah ciri-ciri seperti autofocus, white balance dan noise yang lebih sedikit.
- Mempunyai aplikasi ‘Mirror’ untuk memudahkan pengguna melihat wajah sendiri. Tidak perlu lagi menggunakan aplikasi kamera untuk melihat wajah seperti selalu.
- Jangan risau dengan isyarat telco anda kerana Ascend P7 dilengkapi dua antena Huawei yang unik. Selain membolehkan tontonan media tanpa had dengan kelajuan 4G LTE yang ultra pantas, Ascend P7 juga menggunakan teknologi penukaran rangkaian pintar yang berfungsi menstabilkan sambungan, walaupun ketika penerimaan isyarat adalah lemah bagi meminimumkan penggunaan bateri. Hebat bukan?
Huawei Ascend P7 didatangkan dalam warna hitam dan putih, dengan harga RM1,499. Sementara peranti dengan keupayaan LTE yang lain dan peranti yang boleh dipakai ditawarkan pada harga seperti berikut:
- Huawei MediaPad X1 7.0 LTE (RM1,399); 3G (RM1,299)
- Huawei MediaPad M1 8.0 LTE (RM1,099); 3G (RM899)
- Ascend G6 LTE (RM899); 3G (RM749)
-
TalkBand B1 (RM499)
Bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar Huawei Ascend P7 ini, anda boleh berkunjung ke kedai telekomunikasi berhampiran. Dapatkan maklumat lanjut di : www.Vmall.my