Google hari ini mengeluarkan kaji selidik baharu yang menunjukkan Asia mendahului dunia dalam penggunaan telefon pintar, pembelian secara atas talian dan perilaku carian atau tontonan. Kaji selidik itu mencadangkan, pengguna di Asia bertukardari penggunaan Internet “desktop‟ kepada landskap web baharu dan lebih menarik iaitu penggunaan mudah alih.
Malaysia merupakan satu dari lima tempat di dunia dengan penggunaan telefon pintar adalah lebih tinggi berbanding komputer pada paras 51% berbanding 39%. Negara-negara dari Asia seperti China, Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura. Di China, nisbah antara penggunaan komputer dan telefon pintar adalah 70%:65%, Hong Kong 74%:61%, Korea Selatan 80%:70% dan Singapura 85%:74%.
Apa yang menarik, 35% pengguna Malaysia dari kaji selidik itu berkata mereka secara eksklusif menggunakan telefon pintar sahaja untuk akses kepada Internet, menjadikan Malaysia sebagai negara #1 di dunia untuk akses Internet telefon pintar secara eksklusif.
Malaysia “Mobile First”
Penggunaan telefon pintar yang tinggi juga dapat dilihat di seluruh Asia Pasifik dengan kebanyakan negara berada di paras 50%. Ini termasuk negara-negara yang secara tradisinya ketinggalan telah merekodkan pertumbuhan ketara seperti Vietnam sebanyak 36%, meningkat 16% dari 2013.
Bagaimana negara-negara di Barat? Gambarannya sungguh mengejutkan: tiada negara di luar Asia menunjukkan trend yang sama.
Selain Malaysia, akses Internet hanya melalui telefon pintar juga dapat dilihat di Vietnam dengan 24%, pengguna Singapura sebanyak 16% dan 145 pengguna Korea Selatan dan Hong Kong. Di dunia Barat,hanya menyaksikan trend digit tunggal seperti : Jerman pada paras 7% dan United Kingdom (UK) sebanyak 6%.
Kajian itu yang dijalankan oleh TNS, juga mendedahkan apa yang dilakukan rakyat Malaysia dengan telefon mereka:
1. Menggunakan enjin carian di telefon pintar adalah paling ketara
72% rakyat Malaysia melakukannya sekurang-kurangnya sekali sebulan, dan angka itu lebih tinggi bagi negara-negara Asia lain (Singapura: 88%, Vietnam: 92%, Korea: 99%, Jepun: 91%). Ini merupakan trend global dengan UK, Perancis dan Jerman pada paras 88%.
2. Apa yang paling tinggi di Asia adalah membeli-belah menggunakan telefon
Di Asia berbelanja secara atas talian mula mula diminati dengan 28% rakyat Malaysia berkata mereka pernah berbelanja secara atas talian menggunakan pelbagai alatan (device) (di UK angkanya adalah 77%, Jepun juga tinggi pada paras: 72%), tetapi masih ketinggalan dari Barat. Tabiat berbelanja menggunakan telefon pintar merupakan perkara yang lain:
- 41% rakyat Malaysia mencari produk menggunakan telefon pintar
- 28% berkata mereka mencari produk dari „in-store‟ telefon pintar. 26% pula melakukan pencarian lokasi dan 25% berkongsi gambar produk di telefon pintar; antara peratusan tertinggi di dalam dunia.
3. Telefon pintar di Asia juga merupakan destinasi hiburan
o Lebih separuh (55%) rakyat Malaysia menggunakan telefon mudah alih mereka untuk mendengar muzik, separuh (50%) bermain permainan atas talian dan hampir tujuh dari sepuluh (67%) menonton video atas talian menggunakan telefon mereka.
Tabiat atas talian dan sikap terhadap digital
Kaji selidik Barometer Pengguna juga melihat kepada tabiat umum atas talian. Rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai 1.2 alatan berinternet yang menunjukkan kepentingan trend pelbagai skrin:menggunakan lebih dari satu alatan untuk melaksanakan tugasan atau menggunakan beberapa alatan serentak.
- 70% responden di Malaysia membuat penyelidikan pembelian terakhir mereka secara atas talian atau luar talian – antara kadar tertinggi di rantau.
- Kaji selidik itu menunjukkan kepentingan Internet kepada industri pelancongan. Tiket penerbangan adalah paling popular dibeli oleh rakyat Malaysia secara atas talian dengan 86% berkata telah membeli tiket penerbangan secara atas talian dan 75% telah menempah hotel penginapan secara atas talian. Kategori lain yang terdapat dalam kaji selidik itu adalah pakaian (42%), tiket wayang (37%) dan insurans (26%) adalah kategori-kategori lain
- Digital juga penting bagi pencarian untuk pembelian besar. 77% rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk memilih televisyen mana yang hendak beli dan enam dari 10 (63%) membuat carian pembelian kelengkapan rumah yang besar seperti peti sejuk atau
- Kaji selidik ini jelas menunjukkan pengguna Asia telah menguasai penggunaan Internet, dan membentuk imej mereka tersendiri – Malaysia pula berada di hadapan dalam trend ini, menggunakan alatan mudah alih untuk akses berita, mencari perniagaan tempatan dan menonton video. Trend tersebut akan berterusan memandangkan lebih ramai mencari pelbagai perkara atas talian dan kehendak digital juga turut berkembang. Terpulang kepada perniagaan di Malaysia untuk memenuhi kehendak tersebut dengan inovasi dan kreativiti yang ada diluar sana.
Di Malaysia pertukaran kepada mudah alih telah berlaku dan tidak boleh diketepikan – perniagaan perlu mengikuti perkembangan terutama kehendak pengguna untuk kekal relevan. Ini merupakan sebahagian dari maklumat yang terdapat dari kaji selidik itu, maklumat lain boleh didapati secara atas talian di www.consumerbarometer.com.