Kehidupan di bandar yang serba pantas dan sibuk boleh membataskan hubungan akrab di antara ibubapa dan anak-anak. Dengan alat telekomunikasi yang saban hari semakin canggih, kadang-kadang kita hanyut dan dalam tidak sedar, kita sudah tidak lagi berkomunikasi dengan orang yang kita sayang. Berikut adalah beberapa tips untuk komunikasi yang lebih baik antara anggota keluarga.
1. Eratkan hubungan
Cuba kukuhkan ikatan keluarga dengan menggalakkan komunikasi sihat di kalangan anggota keluarga. Dalam usaha untuk membina hubungan kekeluargaan yang harmoni, cuba pupuk kasih sayang, kepercayaan dan menghormati antara satu sama lain melalui komunikasi keluarga. Luahkan masa sekurang-kurangnya 10minit untuk bertanyakan mengenai hari anak-anak atau ibu bapa.
2. Jadi pendengar
Mendengar adalah alat komunikasi yang berkesan. Anda harus cuba untuk menanamkan kemampuan pendengaran yang baik pada setiap ahli keluarga anda. Pendengar yang aktif membuat anda merasa bahawa dia berminat dengan apa yang anda ingin katakan. Anda boleh bermula dengan anak-anak anda. Ajarkan mereka untuk menjadi lebih responsif mendengar masalah atau isu orang lain, terutama orang-orang tua apabila mereka bercakap.
3. Lebih positif
Elakkan menjadi negatif atau menyindir ketika berbicara dengan mana-mana ahli keluarga anda. Perasaan negatif menghancurkan kehangatan setiap hubungan kekeluargaan. Walaupun anda tidak bersetuju dengan sesuatu, cuba berkomunikasi mengikut cara yang positif, tanpa menyakiti perasaan ahli keluarga yang lain. Negatif secara automatik memaksa seseorang individu untuk sengaja menarik diri daripada mana-mana perbualan.
4. Komitmen
Seperti yang kita semua tahu kepercayaan adalah penting bagi mana-mana hubungan; dan anda perlu memberi penekanan kepada aktiviti membina kepercayaan di antara setiap ahli keluarga anda. Anda boleh memberi inspirasi kepada kepercayaan di kalangan ahli keluarga yang lain dengan memenuhi janji dan komitmen anda. Dengan cara ini, anda akan meningkatkan keyakinan setiap ahli keluarga anda dan menggalakkan kepercayaan dan keyakinan antara masing-masing. Menerusi kepercayaan, ahli keluarga anda akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan anda dan lebih percayakan anda berbanding rakan-rakannya.
5. Perhatikan bahasa badan
Bahasa tubuh anda menyampaikan lebih banyak maksud daripada apa yang anda fikirkan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memantau ekspresi wajah anda, nada suara, gerakan tangan dan pelbagai gerakan lain. Ingat, kebanyakan mesej semasa berkomunikasi dilihat melalui bahasa tubuh anda.
6. Luangkan masa keluarga yang berkualiti
Tidak ada yang dapat menandingi masa yang dihabiskan bersama-sama sebagai sebuah keluarga apabila anda boleh bercakap dengan satu sama lain, dan mengambil tahu tentang apa yang berlaku dalam kehidupan masing-masing. Jadikan ia sebagai sebahagian daripada rutin harian anda; sekurang-kurangnya sarapan atau makan malam bersama-sama walaupun hanya pada hujung minggu. Makan bersama-sama membantu anda untuk menghabiskan masa bersama-sama dan dengan itu mengukuhkan ikatan keluarga anda lebih jauh.