Kini sudah ada taman tema baharu di Johor selepas Legoland. Pastinya ramai peminat permainan Angry Bird sudah tidak sabar lagi kerana Taman Tema Angry Birds bakal di buka di Komtar Johor Bahru City Plaza (Komtar JBCC), tingkat tiga dan kawasannya sangat luas seluas 26,000 kaki persegi. Taman Tema Angry Birds bakal dibuka pada 31 Oktober depan iaitu hari Jumaat dan paling menggembirakan, teman tema itu dibuka di tengah-tengah bandar Johor Bahru.
Terdapat 24 seksyen interaktif dalam taman tema ini, antaranya seksyen permainan gokart, laser spaceship, katil anti graviti, tembak khinzir dan banyak lagi. Tiket masuk ke Taman Tema Angry Bird pada masa ini adalah RM60 seorang (untuk pemegang MyKad) dan RM50 untuk mereka yang bergelar pelajar. Selain dari itu, di taman tema tersebut juga disediakan restoran dan kedai cenderahati. Jom tengok apa lagi yang menarik di dalam taman tema Angry Bird ini!
Sumber : PopWaves