Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

[ Psikologi ] Penutur Frasa ‘Ale Uto’ Kurang Kasih Sayang?

by Aida Sue
October 24, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
baju-ale-uto
Frasa pelik dan lucah kini menjadi sebutan para remaja bahkan orang dewasa di laman sosial terutamanya Twitter dan Facebook. Jika anda mengikuti laman Facebook ‘Amran Fans’ mesti anda tahu mengenai frasa ‘Ale Uto’. Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu maksud sebenar frasa tersebut dan hanya menutur perkataan tersebut suka-suka.
Laman Facebook Amran Fans yang dikatakan mempopularkan penggunaan frasa 'Ale Uto'
Laman Facebook satira Amran Fans yang dikatakan mempopularkan penggunaan frasa ‘Ale Uto’

Sejak dua tiga hari lepas, satu video seorang gadis bertudung menuturkan frasa ‘Ale Uto’ dan memakai kemeja T ‘Ale Uto’ dan kini ia menjadi viral di internet. Apa motif sebenar video ini dan mengapa remaja masa kini mencari perhatian sehingga sanggup buat benda yang tidak berfaedah?

Menurut laporan Astro Awani yang menemubual Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat dan kini ia menjadi trend. Menurut Dr Abdul Jalil, trend remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah ‘ale uto’ (yang merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lucah) di dalam perbualan seharian mereka.

Ada pihak yang mengangkat golongan yang mempunyai masalah sikap ini menjadi hero laman sosial dan berkata mereka ini tidak bermuka-muka dan jujur. Kanak-kanak semuda 11-12 tahun juga mula menggunakan laman sosial tanpa dipantau ibubapa dan dibiarkan bebas bergaul, dan membaca perkara yang tidak sepatutnya di internet. Ini menyebabkan mereka rasa perkara yang tidak bermoral itu ‘normal’ kerana selalu melihatnya di internet. Natijahnya, ramai remaja yang akan rosak akhlaknya kerana tidak ada garis panduan untuk mengajar anak-anak muda ini menggunakan internet secara berhemah dan anak-anak yang bebas bergaul di laman sosial ini meniru perbuatan yang tidak bermoral. Jelasnya, selain menjadi kegilaan orang ramai, aktiviti yang dilihat menjengkelkan itu menjadi petanda kepada masalah psikologi.

Menurut seorang pakar psikoterapi Azman Shah Aziz, dia menafikan tingkah laku itu merupakan masalah psikologi namun menganggapnya lebih kepada nilai kehidupan. Mungkin mereka akan dilihat mempunyai masalah emosi jika terlebih maki. Tetapi mereka ini bukan dalam kelompok yang kurang kasih sayang. Bagi penulis apa yang penting, adalah diri sendiri. Orang dewasa yang sepatutnya menjadi contoh yang baik buat anak-anak remaja dan kanak-kanak.

Tags: ale utoale uto kurang kasih sayangamran fansapa ale utoapa itu ale utoawek ale utoawek kedah ale utopsikologi ale utovideo ale utovideo awek ale uto
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - LVMH
Fesyen

Lama Tak Dengar, Apa Yang Baru Tentang House of Pucci?

by Iza B
May 22, 2022
0

Semakin jarang dengar nama Pucci dikalangan peminat fesyen mewah. Jenama dari Naples, Itali sudah semakin tenggelam sejak tahun 2000. Jika...

Baca Lagi
Foto - Fanfics
Kecantikan

Bila Tidur Selamatkan Kulit Anda Dengan Krim Malam

by Iza B
May 22, 2022
0

Seronok rasa bila bangun dari tidur bukan sahaja tubuh dan minda jadi segar tapi kulit wajah juga kekal lembut dan...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Fesyen

Dulu Bawa Ke Pasar, Kini Beg Jaring Aksesori OOTD Di Pantai

by Iza B
May 22, 2022
0

Bermula dari tahun 2017, beg jaring atau netted beg telah menjadi pilihan baru sebagai aksesori fesyen. Acap kali digayakan oleh...

Baca Lagi
Foto - New York Times
Fesyen

Selain Rolex, Jenama Jam Tangan Mewah Ini Juga Pilihan Sosialit

by Iza B
May 21, 2022
0

Jam tangan tidak asing lagi dijadikan sebagai aksesori fesyen samada untuk acara formal mahupun kasual. Ada yang memakai jam tangan bukan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.