Anda peminat program MasterChef Australia? Berita baik untuk anda kerana George Calombaris, chef selebriti dan juri siri memasak yang popular, MasterChef Australia, ke Asia Tenggara bulan ini. Sebenarnya tujuan lawatan Calombaris adalah untuk mempromosi musim baharuMasterChef Australia Musim ke-6 yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam & 11 malam di Saluran Astro 709. Chef tersohor ini akan melawat Malaysia, Singapura dan Indonesia dari 26 – 30 Oktober untuk mengacara beberapa siri makan malam dan demonstrasi memasak secara langsung untuk pihak media, pelanggan korporat dan para peminat.
Tetamu jemputan bakal dihidangkan dengan menu makan malam yang dicipta khas daripada hidangan terbaik Calombaris dengan sentuhan Asia yang dihasilkannya sendiri untuk peminat tempatan.
Ingin turut serta?
Pengalaman makan malam istimewa bersama Calombaris juga menampilkan demonstrasi memasak secara langsung 2 hidangannya, dimana dapur Masterchef sebenar dapat dinikmati oleh peminatnya. Peminat siri MasterChef Australia di Malaysia boleh menyertai pengalaman ini di laman web Lifetime (Lifetime.com/GeorgeInMY) dengan mengundi hidangan tempatan kegemaran mereka yang ingin disajikan kepada Calombaris semasa lawatan beliau di sini. Tiga hidangan yang mengaut undian tertinggi akan dihidangkan kepada Calombaris untuk “sesi menjamu selera” sewaktu penampilannya di Plan B,Mid Valley Megamall pada Ahad, 26 Oktober di Kuala Lumpur.
Berikut adalah jadual dan butiran lawatan:
- Malaysia: 26 ke 28 Oktober
- Singapura: 28 ke 30 Oktober
- Indonesia: 30 Oktober
Untuk maklumat lanjut, sila layari LifetimeAsia.com/GeorgeinMY. MasterChef Australia S6 disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam dan 11 malam di Lifetime (Saluran Astro 709).