Gambar Program ‘Saya Ingin Sentuh Anjing’ Di 1Utama Semalam ( 15 Gambar )

pegang-anjing-program

Semalam satu program unik telah diadakan di Centre Park, 1Utama Shopping Centre dimana umat Islam berpeluang untuk mengatasi rasa takut dengan anjing. Apa intipati program ‘I Want To Touch A Dog’ sebenarnya? Program yang terbuka kepada semua tidak kira bangsa, agama dan usia ini membolehkan orang Islam menyentuh,memegang dan memeluk anjing kemudian disertakan sesi belajar cara yang betul untuk sertu/samak serta sesi temubual bersama Ustaz Iqbal Parjin. Program yang diadakan selama dua jam ini dianjurkan oleh Encik Syed Azmi yang sememangnya sinonim dengan kerja-kerja amal di sekitar Lembah Klang.

pegang-anjing-1

Walau bagaimanapun, selepas program ini dianjurkan, terdapat banyak kritikan daripada umat Islam yang lain dengan mengatakan yang acara ini agak keterlaluan dan menghina Islam. Selain itu juga, ustaz dan ustazah ada juga melontarkan pendapat yang berbeza sama mengenai program yang dianjurkan buat pertama kali di Malaysia.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Dr Maza dan beberapa ustaz lain turut memberikan pendapat di Facebook

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing. – Dr Maza

Pendapat Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani pula berbeza :

Tentang hukum memegang anjing, semua sedia maklum, bahawa ia merupakan najis mughalazah yang perlu di samak apabila menyentuhnya segaja atau tidak mengikut pandangan mazhab syafie, tetapi apakah agenda disebalik program yang digerakkan oleh Islam liberal itu? sengaja membangkitkan sensitiviti umat Islam? hanya semata2 utk mengajar supaya menyayangi binatang anjing itu? apakah agama yang indah ini mengajar agar ummat ini mengajar begitu? saya melihat ada agenda Islam liberal yang sedang dirancang utk merosakkan ummat ini.. pihak berkuasa, jika kalian tidak mengambil tindakkan kepada penganjur program ini, saya bimbang untuk masa depan ummat ini!! berbuatlah sesuatu agar mereka tercelik mata!!!

Pendapat Ustaz Fathul Bari

Penjelasan @UstazFathulBari mengenai kempen “I Want to Touch a Dog”

YB @n_izzah, bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Namun, kempen “I Want to Touch a Dog” bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

“Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.” [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan. Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan “pets”, dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing.

“Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita.” (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat. Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing. Saya juga bersetuju diajarkan cara “sertu” menurut Islam. Namun,apa perlu “SENTUH ANJING” utk di “SERTU”. Itu persoalannya.

Soal tazkirah dlm program tersebut ,tidak menjadi masalah. Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan kepada YB perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu ‘support’ kempen seperti ini. Walaubagaimanapun,saya tidak bermaksud KESELURUHAN KEMPEN ino menyalahi ISLAM. Tp,apa yg saya maksudkan adalah “kenapa perlu adalan kempen menyentuh”? Sekadar nak ajar bersuci @ sertu silakan. Sebaliknya umat Islam perlu ‘support’ kempen “Ihsan” kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program “I Want to Touch a Pig” ?

Allahua’lam

Taklimat sebelum acara bermula

kahsiong-2

kahseong-1

kahsiong-4

kahsiong-5

sentuh-anjing

Acara menyentuh anjing

fairuz-azly

Neu Annuar‎

kahsiong-6

kahsiong-7

kahsiong-8

kahsiong-9

kahsiong-10

aaron-chin

Acara sertu

Phyllisia Ng-1

Related Posts