Mungkin Ikea di negara kita, tidak ada lagi orang yang memperlakukannya seperti rumah. Tetapi tidak di China kerana mereka menjadikan pusat beli belah barangan rumah itu sebagai tempat ‘test’ untuk memastikan barangan yang mereka kehendaki berkualiti apabila digunakan di rumah.
Ikea di Wuhan ini menjadi pilihan penduduk tempatan untuk tidur dan menggunakan perabot di showroom seperti milik sendiri. Fenomena datang ke Ikea untuk tidur ini fenomena yang sering berlaku ketika musim panas. Penduduk setempat datang ke Ikea untuk mendapatkan air cond percuma. Kebanyakkan warga China mahu menjimatkan penggunaan elektrik atau tidak mampu memasang penghawa dingin di kediaman mereka. Ikea ialah pilihan terbaik yang membolehkan mereka tidur dengan selesa. Bukan itu sahaja, ada yang sempat bersembang di sofa empuk sehingga boleh makan. Paling teruk, bapa membiarkan anak kecilnya membuang air di dalam tong sampah yang dijual.
Anda lihat sendiri antara gelagat warga mereka yang boleh dikatakan agak menggelikan dan penulis yakin seribu satu macam bau keluar di Ikea tersebut.