Rasanya bagaimana untuk mendapatkan perut yang flat, sempurna elok? Senaman memang perlu, tapi tabiat harianmu yang lain mungkin beri kesan melambatkan proses untuk perut nampak lebih flat. Di bawah terdapat beberapa tips untuk menampakkan perut leper dengan cepat dan mudah.
Postur – Perut seleper papan pun akan kelihatan buncit kalau kamu suka slouch. Bila berdiri, tolak ke dalam tulang punggung dan angkat bahagian depan pelvikmu: perut kamu akan serta-merta jadi meleper.
Jangan fokus pada berat – Jika kamu sukar nak capai berat ideal, buang saja alat timbang itu dan ukur perkembangan (atau pengecutanmu) itu dengan menggunakan sepasang jeans kegemaran yang selalu buat kamu rasa feel good.
Pemakanan – Terlalu banyak makanan proses, bergandum juga minuman beralkohol pasti akan ‘membulatkan’ perutmu. Pilih diet sihat dan pelbagai, dan lakukan banyak senaman kardio seperti berjalan, berlari dan cross training untuk menggerakkan sistem pencernaan kamu.
Bernafas – Adakah belakang, bahu dan lehermu sakit bila kamu lakukan senaman mensasarkan perut? Berkemungkinan kamu terlalu beri tekanan kepada otot luar hingga menyebabkan tubuhmu jadi out of balance. Ini juga mengekang inner core kamu untuk ‘bekerja’, menjadikannya lemah. Kuncinya di sini adalah relaks saja. Tarik nafas panjang dan perlahan kemudian perlahan-lahan sambungkan mindamu dengan your inner core.Membayangkan bagaimana otot ini bekerja akan membantu jika kamu sukar nak sasarkannya.