Pernah terbayang, seorang warga emas menjalani pembedahan tukar jantina pada usia lanjut? Hal ini terjadi kepada bekas pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 81 tahun.
Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu. Menurutnya ketika berkahwin, di rumah dia akan berpakaian seorang lelaki tetapi ketika keluar untuk bersama rakan, dia akan berpakaian seperti wanita.
Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya. Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan.
Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar. Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan. Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki. Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.
“Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri. Kini, saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang,” katanya.
Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.