Skin Inc merupakan produk yang dihasilkan di Jepun yang mula dipasarkan di Singapura dan kini telah berada di Amerika Syarikat, Australia dan juga beberapa negara Asia. Yang menariknya, Skin Inc merupakan jenama pertama yang memperkenalkan suplemen kulit yang menggunakan 100% serum tulen dari Jepun yang boleh disesuaikan dengan rejim penjagaan kulit anda. Anda boleh menggabungkan serum- serum Skin Inc selepas melalui skin screening di website www.iloveskininc.com. Baru-baru ini Skin Inc telah melancarkan produknya secara rasmi di Kuala Lumpur dan dihadiri ramai media. Majlis eksklusif itu turut membincangkan mengenai rejim kecantikan wanita yang sibuk pada zaman sekarang dan juga sesi beramah mesra bersama pemiliknya, Cik Sabrina Tan.
Bagi yang ingin set pencubaan, anda boleh membeli set istimewa dari Skin Inc yang mempunyai 3 kombinasi serum mengikut kesesuaian kulit anda dan juga mengandungi Pure Revival Peel (20ml) serta Pure Deepsea Hydrating Mask (20ml). Di antara kebaikan serum Skin Inc ini adalah :
- Hyaluronic Acid : Menghidratkan kulit dan melembapkan kulit wajah.
- Vitamin A : Membantu menyelesaikan masalah kulit tidak sekata, kulit penat dan kusam serta lingkaran gelap bawah mata.
- Chlorella : Membantu mencerahkan kulit wajah dan menyegarkan wajah.
- Placenta : Membantu mengurangkan masalah pigmentasi dan kulit kusam.
Pek Skin Inc’s Holiday Gift 2014
Bagi yang tercari-cari hadiah untuk ibu atau orang tersayang, apakata anda beri mereka hadiah istimewa dari Skin Inc ini?
Ikuti SKIN INC Facebook Page :www.facebook.com/iloveskininc dan Instagram @iloveskininc #skininc dan korang boleh buat pemeriksaan kulit dan beli produk SKIN INC di www.iloveskininc.com , butik kecantikan Sephora di seluruh Malaysia dan juga ZALORA.COM.MY.