Buat pembaca Wanista yang bakal menyambut perayaan Krismas pada bulan Disember nanti, anda boleh berkunjung ke gedung Spotlight yang merupakan gedung kain, kraf, dan dekorasi rumah terbesar dari Australia ini. Kedai utama mereka telah dibuka di pusat beli-belah Ampang Point sekitar Julai lalu dan kini mereka bakal menjual barangan untuk menyambut Krismas edisi terhad.
Spotlight mempunyai 117 kedai yang terletak di Australia, New Zealand dan Asia, telah membuka cawangan pertama di Malaysia dengan kedai yang berkeluasan 2,400 meter persegi dan menempatkan lebih daripada 150,000 produk berkualiti tinggi dalam enam kategori, daripada Perhiasan Rumah, Bilik Tidur, Kelengkapan Rumah, Kraf, Hobi dan barangan Parti dengan harga barangan yang berpatutan.
Jom kita lihat, apa yang menarik di Spotlight.