Selain menggunakan produk kecantikan yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau, madu, apa lagi rahsia kecantikan dan kejelitaan wanita Asia yang patut kita ketahui seterusnya mula mengamalkan. Ini, Wanista kongsikan kepada anda.
1. Oil cleansing – Pastikan anda memilih pembersih wajah berasaskan minyak. Hal ini menurut Victoria Tsai, pengasas produk penjagaan kulit, Tatcha, pembersihan minyak berfungsi dengan baik kerana minyak di muka larut, sama ada ia solekan, pelindung matahari atau sebum, mereka benar-benar membakar apabila tersentuh. Hanya pastikan anda memilih jenis tanpa minyak mineral untuk mengelakkan meninggalkan sisa pada kulit anda.
2. 424 method – Ini merupakan kaedah pembersihan muka yang diamalkan oleh kebanyakan selebriti Korea malah wanita di Jepun juga mengamalnya kerana ternyata ia berkesan.
- Anda perlukan 4 minit pembersihan minyak (oil cleansing) untuk mengeluarkan solekan di wajah.
- 2 minit menggunakan pembersih berbuih untuk mengeluarkan sebarang sisa yang tinggal dan untuk menyegarkan kulit.
- 4 minit bilas dengan air.
3. Tekapkan di wajah/slap it on – Bila ingin memakai pelembap dan losyen, wanita Korea dan Jepun melakukan dengan cara menekap dan menampar secara perlahan di wajah. Pelembap diletakkan sebesar 50 sen di tapak tangan dan terus ditekapkan di wajah – pipi, dagu, dahi. Kenapa tidak menggunakan kapas? Kaedah ini memastikan produk lebih baik diserap ke dalam kulit.
4. Toner air beras – Rahsia seterusnya ialah, mengunakan toner air beras untuk meningkatkan ketegangan kulit. Malah, baik untuk jenis kulit kasar dan kering serta mengekalkan kelembapan semula jadi kulit anda.
5. Meringankan kulit wajah dengan daun pudina – Daun pudina untuk mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari ataupun parut jerawat. Apa yang anda perlu lakukan adalah daun pudina segar dikisar halus dijadikan pes, selepas itu anda boleh letak di wajah. Cuci selepas 15 minit.
6. Pengelupasan dengan biji kopi – Ini rahsia kecantikan wanita Indonesia yang tidak kita tahu. Kafein dalam kopi sering digunakan dalam produk mengetatkan kulit manakala asid kafeik yang mempunyai ciri-ciri anti-radang juga boleh meningkatkan pengeluaran kolagen. Kandungan kafein dalam biji kopi boleh menyegarkan kulit muka manusia sama seperti ia menyegarkan tubuh badan apabila meminumnya.