Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

IsMe Beauty & Café – Kafe Kecantikan Di Bukit Bintang Istimewa Untuk Wanita

by Aida Sue
October 8, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

view 2

Sebuah kafe kecantikan telah dibuka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Cafe yang dinamakan IsMe Beauty & Café, merupakan kafe kecantikan yang pertama di Malaysia dilancarkan secara rasmi di Bukit Bintang dan ia menggabungkan penjagaan kecantikan, gaya hidup dan kesejahteraan yang terbaik – semua dalam satu lokasi. Boleh dikatakan, IsMe Beauty & Café adalah sebuah syurga yang indah bagi mereka yang ingin menghindarkan diri daripada kesibukan harian. Jadi bagi anda yang ingin membeli belah sambil makan bersama rakan, anda patut cuba makanan di sini. Kenapa? Kami kongsikan maklumat menarik mengenai  IsMe Beauty & Café ini.

Tawar Menu Sihat Untuk Wanita

view 1

Sebagai sebuah kafe kecantikan, IsMe menawarkan makanan dan minuman yang sihat di dalam menu utamanya di mana ia secara khasnya diteliti dan disediakan oleh pakar nutrisi pemakanan. Pencuci mulut yang ditawarkan seperti kek-kek mengandungi ekstrak-ekstrak, vitamin dan mineral yang sihat – makanan yang sihat dengan nutrien yang betul yang menggalakkan kesihatan yang optimum dalam badan.

Pengunjung boleh menikmati perkhidmatan yang ditawarkan dalam persekitaran yang relaks, bebas daripada tekanan serta membaca maklumat mengenai kehidupan yang sihat, produk-produk kecantikan, makanan dan minumam yang kaya dengan nutrisi dengan secawan kopi aromatik atau minuman yang menyegarkan. Sebuah tempat yang paling sesuai untuk berehat selepas hari yang panjang, ia adalah sebuah lokasi yang sesuai untuk menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, snek petang, ataupun secawan kopi.

Produk Kecantikan Eksklusif

C2S_8397

Kafe yang baru dibuka ini menyediakan kawasan yang luas terbuka untuk pelanggan menikmati koleksi-koleksi produk kecantikan inovatifnya yang ditawarkan dalam persekitaran yang luas, moden dan kontemporari yang menyumbang kepada pengalaman yang penuh dengan keselesaan untuk pelanggan.

Sempena pembukaannya, IsMe Beauty & Café melancarkan CUSCOS, produk-produk kecantikan yang premium dari Korea yang baru dengan kualiti gred klinikal yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang paling berkualiti. Dengan kerjasama Swarovski, jenama perhiasan mewah yang terkenal di dunia, CUSCOS adalah rangkaian produk kecantikan yang baru dan revolusioner untuk memenuhi keperluan terhadap penjagaan kecantikan harian, rawatan khusus, pencerahan kulit dan penjagaan yang direka khas – dengan konsep “rubbing jewel into the skin” (menggosok permata pada kulit).

Diperbuat dengan Swarovski Zirconia, berlian terbaik yang hampir serupa yang pernah dihasilkan, CUSCOS hanya menggunakan bahan-bahan paling tulen yang memberi manfaat kepada kulit. Dirumus dengan 2 karat bahan berlian, CUSCOS mempunyai keupayaan untuk mengurang dan memulihkan masalah kulit yang kerap terjadi dengan ciri-ciri penyerapannya yang sangat baik yang membantu mencerahkan kulit, menjaga ketegangan kulit serta mengurangkan kedutan.

Info IsMe Beauty & Café

C2S_8385

Pelanggan-pelanggan boleh menikmati koleksi produk-produk CUSCOS yang ada apabila mengunjungi IsMe Beauty & Cafe. Produk-produk CUSCOS terdiri daripada pembersih muka, toner, losyen, essen, krim mata, krim badan dan banyak lagi.

Dibuka setiap hari termasuk pada hari Ahad dan cuti umum, IsMe Beauty & Café beroperasi daripada pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Perkhidmatan  Wi-Fi percuma juga disediakan.

IsMe Beauty & Café terletak di Lot B-1-1, Block B, Bintang Fairlane, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IsMe Beauty & Café di talian 03 2110 6191.

Tags: beauty cafe bukit bintangbest cafe kuala lumpurcafe butikIsMe Beauty & Caféisme beauty facekafe kecantikanunique cafe kuala lumpur
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz.net
Kecantikan

Kena Jaga Bentuk ‘Apple Cheek’ Baru Nampak Muda!

by Iza B
May 21, 2022
0

Mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi ‘high cheekbones’ sering dianggap selaras dengan standard kecantikan dunia. Senang kata mereka diraih...

Baca Lagi
Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.