Mencari cara untuk membuat bilik tidur anda lebih romantis? Mempunyai suasana yang romantis di dalam bilik tidur adalah cara terbaik untuk mendapat rehat yang cukup, pillow talk malah merapatkan hubungan mesra suami isteri.
1. Tempat tidur itu sendiri – Bayangkan ketika anda penat, anda terus hempukkan diri di atas katil dengan bantal yang empuk, terasa sungguh selesa bukan. Ini adalah permulaan untuk membuatkan bilik anda tampak lebih romantis. Katil yang dihiasi dengan beberapa batal empuk berserta bed sheet yang lembut cukup membuatkan anda leka di katil sendiri.
2. Bersihkan bilik tidur – Ini perkara asas kerana bila bilik tidur bersih secara langsung membuatkan anda berasa selesa. Walau sibuk bagaimana sekalipun, luangkan masa untuk membersihkan bilik tidur, sudah masanya mengatur pakaian yang bertimbun di almari, segala barang yang tidak diperlukan mungkin boleh diderma daripada terbiar sehingga berabuk.
3. Tiada barangan elektronik – Satu lagi perkara untuk membuatkan bilik tidur romantik ialah jangan sesekali meletakkan sebarang barangan elektronik seperti TV, computer, tablet, gaming system dan sebagainya. Kenapa? Ini hanya akan mengganggu masa berduaan anda bersama sahaja.
4. Pencahayaan – Say no to lampu kalimantang! Lampu tersebut sama sekali tidak sesuai diletakkan di dalam bilik. Lampu bilik tidur yang terlalu terang boleh membunuh mood romantik. Malah, membuatkan anda sukar untuk berehat dan bersedia mendapatkan rehat yang cukup.
5. Gambar – Kenapa dengan gambar? Tidak sesuai rasanya bilik tidur dihiasi dengan gambar potret keluarga. Bukan apa, ianya akan menjadi sukar untuk masuk ke dalam suasana romantis bila gambar nenek ataupun ahli keluarga lain seperti sedang merenung anda dari bingkai gambar.
6. Tambahkan warna pada bilik tidur – Bagi membuatkan bilik tidur lebih romantik, tambahkan warna yang ceria dan segar. Sebagai contoh, warna-warna pastel buat bilik tidur tampil lebih santai dan romantis, warna cerah dan bertenaga seperti merah adalah warna yang menyenangkan dan merangsang. Pilih palet warna yang anda suka kemudian tambahkan langsir, permaidani atau lampu yang membuat anda merasa tenang dan romantis.
7. Haruman romantik – Tambahkan haruman agar bilik anda sentiasa sear dan menyenangkan. Anda boleh cuba candles, scentsy, plug-in air fresheners, essential oils, room sprays, scent diffusers, atau fresh flowers.