Penulis berkesempatan menemuramah penyanyi dan juga duta produk kecantikan SK-II , Fauziah Latiff. Penyanyi yang disegani Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa dengan nama Kak Jee memulakan kerjayanya sekitar tahun 1985 dan tidak pernah berhenti dari menarik hati peminat seni tanahair. Fauziah yang kini sudah berumur 44 tahun masih kelihatan anggun dan cantik, seolah-olah tidak dimamah usia.
Bercerita sedikit sebanyak mengenai latar belakang penyanyi yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini, pada waktu lapang, beliau gemar melakukan aktiviti riadah seperti scuba diving, menunggang kuda, mengambil gambar dan juga menyanyi. Fauziah juga menggemari makanan Jepun, Thai dan juga masakan Melayu. Mempunyai ketinggian 160cm dengan berat 46kg, Fauziah kekal menjadi salah seorang selebriti yang masih kekal cantik dan anggun serta boleh dikatakan dicemburui ramai wanita yang seusianya.
Bercerita mengenai kerjayanya sebagai penyanyi, beliau mempunyai 18 album sehingga kini dengan beberapa album Hits seperti Enggan ( 1997 ) , Dia ( 1997 ), Yang Lebih Kau Cinta ( 2001 ), Di Sebalik ( 2004 ) dan Pesona ( 2006 ).
Temubual kami dengan bintang hebat ini mengenai tips kecantikan dan cara beliau menjaga kesihatan.
1. Berapa lama agaknya kulit Fauziah ambil masa untuk menunjukkan keberkesanan SK-II? Dari mana Fauziah dapat tahu mengenai SK-II? Dan bagaimana timbul keyakinan untuk mencubanya?
Saya mula menyanyi sejak umur 15 tahun. Sejak menceburi bidang hiburan saya banyak belajar tentang tips solekan dan selepas berapa lama, saya mula sedar kulit saya menjadi semakin bermasalah. Tambah pula saya sangat menggemari aktiviti lasak & outdoor, selalu berada di luar menjadikan kulit saya banyak terdedah kepada matahari, habuk, heat – jelas sekali tidak elok untuk kulit. Sebagai seorang selebriti pula, memang it’s vital for me to look good all the time, in front of camera, in public. Tapi saya lebih suka wajah natural, kalau bersolek pun very minimum ketika melakukan aktiviti luar. Jadi memiliki kulit yang sihat adalah sangat penting bagi saya.
Saya tahu untuk mendapatkan kulit sihat yang saya inginkan,saya perlukan penjagaan kulit yang baik tapi keadaan saya yang selalu sibuk dengan show pada masa itu tidak mengizinkan saya untuk keluar mencari produk yang sesuai. Sampailah pada satu hari, kawan baik yang juga merupakan stylist saya, memberitahu saya tentang SK-II. Pada mulanya saya agak skeptikal, ya lah, produk tu mungkin berkesan untuk dia tapi macam mana kalau ia tidak sesuai dengan kulit saya. Tak semua produk sesuai untuk semua jenis kulit. Tetapi saya mengambil nasihatnya dan mencuba produk itu. Saya masih ingat produk SK-II pertama yang saya guna ialah Facial Treatment Essence. And that’s one of the best decisions I’ve made in my life, and how I changed my skin’s destiny. In fact, he’s the one who ‘changed’ my skin destiny. Since then I’ve become a big fan of SK-II.
Berapa lama masa yang saya ambil untuk ia menunjukkan kesan? Selepas 3 bulan, saya dah mula perasan perubahan kulit saya. Saya dah menggunakan produk SK-II lebih dari 15 tahun dan sejak dari mula-mula pakai sehingga sekarang, sudah semestinya gaya hidup saya berubah, sama juga dengan keadaan kulit saya yang memerlukan perhatian yang lebih. Thankfully, I’ve SK-II to count on to ensure my skin stays crystal clear.
2. Rutin harian penjagaan wajah dan kecantikan Fauziah Latiff selain menggunakan SK-II ( Adakah pergi ke spa, gimnasium, aktiviti untuk tampil cantik )
Rutin penjagaan wajah harian saya berbeza siang dan malam. Asasnya sama, 3 cara asas iaitu Membersih (Facial Treatment Cleanser), Menyegarkan Wajah (Facial Treatment Clear Lotion), diikuti dengan FTE – yang ini PENTING, kemudian barulah saya lembapkan wajah dengan produk harian yang lain. Pada waktu siang saya menggunakan Cellumination Aura Essence dan FT UV Protection. Untuk malam pula saya gunakan rangkaian Stempower untuk tekstur kulit yang lembap dan tegang.
Saya tiada rutin tetap untuk bersenam di gimnasium, pergi ke spa ataupun membuat rawatan wajah, tetapi biasanya ia bergantung kepada kelapangan masa dan mood saya.
3. Kadang-kadang ada sesetengah wanita merasa leceh nak jaga muka kerana harus gunakan pelbagai produk penjagaan wajah. Apa rejim penjagaan kulit wajah minimum bagi wanita yang sibuk bekerja bagi pendapat Fauziah?
Saya percaya untuk dapatkan sesuatu, kita kena usaha. Begitu juga dengan kulit yang sihat, Kalau nak sapu pelembap pun malas, macam mana kulit nak cantik, betul tak? Sekurang-kurangnya tunjuk usaha untuk membersihkan, menyegarkan dan juga melembapkan wajah terutamanya selepas mengenakan solekan. Walau sepenat mana pun, jangan tidur dengan solekan anda! Dan pastikan anda sentiasa gunakan pelindung UV pada waktu siang walaupun di dalam rumah.
4. Apa pendapat Fauziah mengenai pengguna produk kecantikan wajah tempatan yang kita tidak tahu kebaikan/keburukan produk tersebut?
Wanita kini bertuah, kita mempunyai terlalu banyak pilihan produk kecantikan. Tetapi bercakap melalui pengalaman, saya nasihatkan agar wanita di luar sana untuk mengetahui kondisi kulit mereka terlebih dahulu – apa masalah sebenar kulit, sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk.
SK-II sangat prihatin dalam membantu wanita mencapai crystal clear skin, oleh itu pelbagai penemuan dan kajian terbaru telah dijalankan. Mereka juga telah menemui bahawa kulit yang sihat berseri ditentukan dengan 5 dimensi kulit iaitu tekstur, seri, kekenyalan, kawalan bintik hitam dan ketahanan terhadap kedutan dan dengan adanya teknologi terkini, Magic Ring ia dapat membantu menganalisa kulit berdasarkan 5 dimensi utama tersebut – hanya dalam masa 10 minit.
Anda boleh pergi ke mana-mana kaunter SK-II untuk mendapatkan servis skin analisis dengan Magic Ring ini atau datang ke SK-II Pitera House yang akan berlangsung pada 7 – 14 Oktober 2014 di Publika. Bukan setakat Magic Ring, pelbagai aktiviti bermanfaat lain turut diadakan.
Jadi, jangan membazir dengan membeli produk yang anda tidak tahu akan keberkesanannya atau menggunakan produk yang salah. Go get you skin checked with Magic Ring first! And the skin check is FREE.
5. Apa komen Fauziah mengenai wanita zaman sekarang yang suka mengambil langkah mudah iaitu mengambil suntikan dan juga pembedahan kosmetik untuk cantik?
Kenapa saya perlu menyiksa diri apabila ada pilihan produk seperti SK-II yang terbukti berkesan dan paling penting, tidak melibatkan jarum atau pisau. It is never too late to change your skin destiny. Wanita dalam lingkungan 50-an dan 60-an yang menggunakan SK-II Facial Treatment Essence di usia 40an juga masih menunjukkan kondisi kulit yang baik berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Prosesnya juga adalah semulajadi berbanding suntikan atau pembedahan yang mungkin akan memberi kesan negatif dalam masa jangka panjang. Saya telah menggunakan produk SK-II lebih 15 tahun, dan bersyukur dengan keadaan kulit saya sekarang. Analisis kulit saya baru-baru ini menunjukkan usia sebenar kulit saya jauh lebih muda daripada usia sebenar saya (i’m 44 this year!), dan kondisinya juga amat memuaskan (my result is almost perfect!). I’ve SK-II to thank. Jadi pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang bijak.
The power in controlling your life’s own destiny is in your hands. It lies in every choice that you make. The same goes for skin – the choices you make today will have a lasting impact on your skin’s future destiny.
6. Memandangkan sekarang begitu ramai artis tidak termasuk artis dari realiti TV membanjiri industri seni tanahair, sekiranya Fauziah bercadang nak buat ‘come back’, apa kelainan yang bakal ditampilkan?
Sekiranya “bercadang” to come back, banyak yang saya perlu kaji. Dari dulu saya memang teliti dengan bab penampilan dan merancang untuk sesuatu persembahan besar dan untuk memberikan sesuatu kelainan dalam persembahan. Insyaallah Allah, jika diberi waktu untuk itu, Insya Allah saya akan pastikan ada kelainan.