Perubahan cuaca boleh mengakibatkan kulit kita mengalami masalah, tidak kiralah jenis kulit kering ataupun berminyak. Boleh dikatakan cuaca yang agak lembap menyebabkan kulit menjadi mudah kering dan tampak tidak bermaya.
Kulit Kering – Kulit kering boleh mengakibatkan rasa gatal dan menjengkelkan akibat kurang lembap.
Tips – Gunakan campuran madu dan susu pada kulit anda setiap malam. Gunakan juga pencuci muka tanpa buih agar kulit anda tidak bertambah kering. Jika anda ingin pergi melakukan rawatan wajah, ambil pilihan rawatan wajah yang menggunakan coklat kerana ia melembapkan kulit. Atau mungkin juga anda boleh menggunakan face mask sebelum tidur bagi memastikan kulit anda sentiasa berada dalam keadaan lembap dan radiance. Anda boleh mencuba DIY menggunakan beras.
Petua – Petua Mudah Untuk Kulit Lembut Gunakan Beras
Kulit Berminyak – Kulit berminyak menjadi bermasalah apabila musim hujan kerana ia boleh menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan lebih banyak minyak dan apabila ia bercampur dengan kotoran dan habuk ia boleh menyebabkan wujudnya bintik hitam, jerawat dan sebagainya.
Tips – Untuk menguruskannya, pastikan anda mencuci kulit wajah anda dengan lebih kerap. Gunakan juga gel aloe vera setiap hari. Anda juga boleh menggunakan toner dan pencuci muka khusus untuk kulit berminyak. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan.
Antara kelebihan aloe vera – [ Tips Cantik ] 5 Fakta Penting Cantik dengan Penggunaan Aloe Vera
Kulit Normal – Kulit jenis normal adalah kulit yang paling mudah untuk dijaga.
Tips – Hanya jalankan rutin harian penjagaan kulit seperti mencuci muka dua kali sehari dengan pencuci muka, pastikan kulit tidak terlalu kering dan sentiasa hidrasi serta lakukan rawatan wajah untuk pembersihan menyeluruh dari masa ke masa. Ini akan memastikan kulit anda terhindar dari sebarang jangkitan.
Majalah Eh Keluaran Bulan September