Selepas Autumn Di Hatiku Musim 1 & 2 , Dan Calonnya Adalah serta Stand Up , satu lagi siri web original menarik berjudul ” Hanya Satu”akan menemui anda di Tonton (www. tonton.com.my) . Siri web original terbaru dari portal video nombor 1 di Malaysia ini juga dilancarkan serentak dengan Ulangtahun ke-4 Tonton yang telah menarik lebih 4 juta pengguna berdaftar.
Hanya Satu mengisahkan cabaran dan jerih perih perjuangan seorang anak seni yang baru menceburkan diri dalam industri hiburan tempatan. Berlatarkan kisah hidup pasangan muda , Syarif (Syarif SleeQ) dan Suria Hana (Kilafairy), yang begitu menggemari bidang muzik . Syarif , Suria , serta rakan baik mereka Ally (Qhaud Rashid )seringklai menyertai aktiviti ‘jamming’ sambil mengasah bakat muzik bersama. Suatu hari, Syarif mendapat tahu tentang ujibakat pertandingan nyanyian terkenal dan berjaya meyakinkan Suria untuk mencuba nasib. Ally pada mulanya tidak mahu membantu kerana kurang menggemari Suria namun akhirnya bersetuju demi Syarif . Semasa ujibakat, kehebatan vokal Suria telah berjaya menamba hati juri.
Setahun berlalu, Suria kini berada di ambang kemuncak populariti dan dalam proses melancarkan album keduanya. Dalam temubual di sebuah program TV , Suria tidak mengakui yang hatinya telah dimiliki, lantas Syarif memaksa penjelasan daripada Suria. Suria pula menyalahkan keaadaan dan kekangan industri hiburan serta mahukan hubungan mereka tidak digembar-gemburkan.Ally sekali lagi mengingatkan Syarif yang nyata kecewa bahawa Suria seringkali mengambil kesempatan terhadap dirinya dan mahu Syarif berjuang untuk dirinya sendiri.
Adakah cinta atau kerjaya yang bakal mempengaruhi perhubungan Suria dan Syarif?
Saksikan siri Hanya Satu bermula 15 September – 17 Oktober 2014, episod baharu setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengah hari di www.tonton.com,my. Siri 25 episod berdurasi 5 minit ini turut dibintangi oleh Fezrul Khan, Wan Sharmila, Raja Farah , Anzalna Nasir dan ramai lagi.