Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

[ Fesyen ] Hidaya International Lancar Koleksi Abaya ‘High Fashion’ Yang Anggun!

by Wanista Newsdesk
August 27, 2014
335
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

photo 3 (20)

Pada minggu lepas, saya sempat ke acara perasmian Hidaya, jenama abaya ‘high fashion’ pertama Malaysia dengan pelancaran koleksi pertamanya – ‘Amira’ – sekaligus menawarkan warganegara Malaysia peluang pertama untuk memiliki abaya berjenama Hidaya. Dilahirkan di Malaysia, abaya dan aksesori Hidaya dibuat di Abu Dhabi dan Dubai serta Malaysia. Kreativitinya yang unik serta sofistikated bakal membuat jenama Hidaya menggoncang dunia penggemar abaya di seluruh dunia.

Hidaya International merupakan jenama sulung yang diasaskan oleh To Puan Seri Hidayah Wan Ismail, yang sempat berkongsi kata-kata hikmahnya iaitu : “Hidaya adalah untuk wanita yang tahu harga dirinya dan bersedia untuk meraikannya”.

Majlis perasmian abaya Hidaya International telah diadakan di Carcosa Seri Negara dan dihadiri oleh ramai jemputan kehormat, fesyenista dan juga pihak media. Majlis telah diserikan dengan persembahan penyanyi antarabangsa dan juga anak Malaysia yang kini sedang mengembangkan bakatnya iaitu Yuna Zarai.

photo (24)

photo 2 (27)

hidaya-international-yuna-zarai

hidaya-international-amber-chia

Yakin Tanpa Kompromi Agama

Prinsip fesyen Hidaya adalah supaya seorang wanita Muslim itu boleh melangkah ke depan dengan yakin tanpa mengkompromikan agamanya mahupun gayanya. Konsep jenama ini, walaupun akur kepada garispanduan kasar budaya Timur Tengah yang menggalakkan pakaian menutup aurat, adalah cukup luas untuk menarik minat penggemar-penggemar fesyen yang bukan beragama Islam yang ingin mencuba pakaian yang menutup aurat yang masih mahu kelihatan anggun serta berfesyen.

hidaya-international-17

IKLAN

hidaya-international-18

hidaya-international-19

Koleksi sulung ‘Amira’

Koleksi terulung ini di beri nama ‘Amira’ yang bermaksud ‘puteri’ dalam bahasa Arab. Hidaya berpegang kepada prinsip bahawa di dalam jiwa setiap wanita terpendam harga diri seorang puteri yang semangatnya serta kebolehannya harus diserlahkan. Hidaya membolehkan semangat ini diekspresi dengan penuh gaya dan sofistikasi. Biar rupa mencerminkan dan meraikan jiwa.

Mengandungi 16 rekaan, setiap abaya di dalam koleksi Amira membawa interpretasi tersendiri kepada pakaian tradisi ini, menjadikan ia kelihatan anggun dan bernafas baru. Dengan menggabungkan bahan-bahan seperti sifon, renda, tulle dan Kristal, koleksi Amira ini adalah bertujuan untuk menyerlahkan kepelbagaian rupa sesehelai abaya.

Diperbuat keseluruhannya dengan hasil kerja tangan yang melibatkan penggunaan renda, manik manik serta sequin, setiap helaian abaya di dalam koleksi ini tampil unik dan mempersonakan. Dipadankan dengan aksesori ‘playful’ seperti seluar atau legging berwarna emas, perak dan tembaga, abaya Hidaya ini akan kelihatan sesuai dipakai kemana sahaja samada ke majlis rasmi mahupun majlis santai. Boleh juga dipadankan dengan kasut tumit tinggi berplatform serta beg dan clutch dibawah jenama yang sama, setiap helaian abaya Hidaya membolehkan pemakainya mengekalkan perwatakan individu masing masing.

Hidaya bakal membuat debutnya di pementasan fesyen di serata dunia bermula dengan Dubai, London serta New York tidak lama lagi. Januari 2015 bakal menyaksikan Hidaya melebarkan sayapnya dengan stokis stokis di Dubai, Jakarta London serta Paris.

Hidaya boleh didapati secara online di www.hidayainternational.com. Untuk yang tinggal di Lembah kelang, boleh melakukan tempahan melalui temu janji. Sila hubungi Datin Sri June di +6019 925 1111 untuk keterangan lebih lanjut. Harga bermula dari RM900 sehingga RM2300.

Kami ingin kongsikan 16 abaya dari koleksi ‘Amira’ dari jenama Hidaya International.

hidaya-international-12

– TAMAT –

Tags: fesyen muslimah terkinifesyen terkinihidayahidaya internationaljubah terkinikoleksi abayakoleksi abaya hitamkoleksi jubah hitam hidaya internationalkoleksi jubah hitam terkinito puanTo Puan Seri Hidayah Wan Ismail
Share134SendShare

Artikel Berkaitan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Soph.Azz
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Soph.Azz
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Soph.Azz
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Soph.Azz
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

  2. 2

    [FOTO] Fesyen Hijau Marion Caunter, Mana Satu Paling Tarik Perhatian?

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Ramai Percaya Minyak Zaitun & Vaseline Boleh Besarkan Payudara, Ini Jawapan Dr. Ingky

  5. 5

    Hati-Hati Nak Ambil Pil Jerawat Accutane, 8 Kesan Sampingan Kena Tahu

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.