Apa yang akan dilakukan bila anda mempunyai kekasih yang ketagih iPhone seperti ini? Di China, seorang wanita yang bosan dengan sikap teman lelakinya yang amat ketagih bermain permainan telefon menggunakan iPhonenya telah diseret teman lelakinya di sebuah stesen kereta api. Ini kerana teman lelakinya enggan meletakkan telefon pintar miliknya biarpu n telah ditegah oleh teman wanitanya yang berang dengan tindakannya yang asyik memegang iPhone dan bermain ‘game’.
Dalam imej yang sempat dirakamkan oleh penumpang lain, wanita tersebut yang kecewa dengan kekasihnya dilihat mengheret dia keluar dari kereta api berkenaan hingga keluar pintu stesen keretapi bawah tanah.
Walaupun lelaki itu diseret, matanya tetap kekal melihat skrin iPhonenya!
Adakah ini merupakan salah satu ‘stunt’ syarikat telekomunikasi di China? Haha, pelik!