Krisis ISIS di Iraq dan Syria kini semakin serius sehingga menular ke negara Malaysia. Krisis tercetus pada 10 Jun 2014 apabila ISIS berjaya menguasai wilayah Mosul di Iraq. ISIL (islamic State In Iraq And Lavent) atau ISIS (islamic State In Iraq And Syria).
Kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menawan bandar raya kedua terbesar, Mosul, kira-kira 350 kilometer di utara Baghdad selepas bertempur dengan polis dan tentera.
Kekejaman ISIS dapat dilihat apabila mereka membunuh penganut Syiah dan Kristian, termasuklah kanak-kanak yang tidak bersalah dengan cara yang amat kejam seperti disalibkan, dipenggal kepala, dibakar dan ditanama hidup-hidup.
Berbalik kepada serangan bom militan, pihak polis memberitahu bahawa 19 suspek militan Malaysia yang telah berjaya ditangkap dari April hingga Jun telah merangka rancangan untuk mengebom pub, disko dan tempat pembuatan bir.
Polis Malaysia telah berjaya menggagalkan pelan pengeboman yang telah dirancang oleh kumpulan militan radikal Islam Malaysia yang diilhamkan oleh ISIS, kumpulan jihad ekstremis di Iraq.
Menurut Penolong Ketua Pengarah, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, seramai 19 suspek militan yang telah berjaya ditangkap dari April hingga Jun telah merangka rancangan untuk mengebom pub, disko dan tempat pembuatan bir milik pengeluar Carlsberg.
Walaubagaimanapun, pelan itu masih lagi dalam rangka awal malah kumpulan itu dikatakan tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam menghasilkan bom.
“Mereka masih lagi di peringkat awal dalam membincangkan rancangan mereka dan tidak mempunyai senjata berat atau pengetahuan membuat bom,” kata Ayob Khan.
Ayob Khan juga memberitahu kumpulan militan ini mempunyai visi untuk mewujudkan pemerintahan khalifah di Asia Tenggara merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura, dan merancang untuk menuntut ilmu di Syria bersama kumpulan ISIS.
Ideologi kumpulan militan ini termasuk membunuh orang yang tidak bersalah dan juga umat Islam yang tidak berada dalam kumpulan mereka. Segelintir daripada ahli militan Malaysia telah mula mengumpul dana bagi menyara ‘pembelajaran’ mereka di Syria dan Turki melalui pelbagai sumber termasuk Facebook dan mengelirukan orang ramai dengan memberitahu segala dana akan digunakan bagi ‘kerja-kerja kemanusiaan’ mereka.
Sumber : NEW says.my & thestar.com.my & sinarharian.com.my