Pemakaian body shaper ataupakaian pembentuk badan adalah salah satu rahsia ramai selebriti Hollywood seperti Eva Longoria tampil, Beyonce dan Jessica Alba tampil menawan. Malah, laporan juga menyatakan yang hampir 90% daripada selebriti memakainya ketika tampil di karpet merah.
Kata Kim Kardashian kepada In Style, ” Setiap wanita dari saiz 0-14 perlu memiliki Spanx !”. Jadi ini beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang item wajib setiap wanita ini.
1. Sebab utama yang membuatkan ramai wanita “mengalah” untuk memakai item ini adalah kebanyakan daripada mereka berasa susah untuk memakainya. Sentiasa masukkan bahagian kaki dahulu walaupun untuk jenis camisoles dan tarik pakaian perlahan-lahan ke atas.
2. Setiap wanita punya bentuk badan dan citarasa yang berbeza. Jadi, sebelum membelinya, jangan malas untuk mencuba dahulu. Anda boleh meminta dari jurujual untuk mencuba sample kerana kebiasaanya anda tidak dibenarkan mencuba item asal atas faktor kebersihan.
3. Katahui berapa lama anda dinasihatkan memakainya. Terdapat banyak stail, rekaan dan tahap kawalan (grip) yang berbeza untuk setiap pakaian. Ada yang lebih kukuh (firm) pembentukannya dan ada juga yang ringan.
4. Ketahui fungsi pembentukan pakaian tersebut. Setiap pakaian mempunyai kesan pelangsingan yang berbeza. Tidak semestinya anda perlu memakai pakaian yang membentuk keseluruhan badan sahaja. Anda boleh memilih untuk memakai jenis girdle jika anda bermasalah pada perut, paha dan punggung sahaja. Pilihan di tangan anda. Dengan mensasarkan bahagian-bahagian tertentu sahaja, ia mungkin akan membuatkan anda lebih selesa.
5. Jangan ambil ringan arahan untuk pembersihannya. Ini bertujuan supaya ia tahan lebih lama. Baca arahan penjagaan yang disediakan. Adalah digalakkan untuk membasuh menggunakan tangan berbanding mesin basuh.
6. Basuh sebelum guna untuk pertama kali. Jangan terus memakainya dengan beranggapan ianya bersih dan belum dipakai sesiapa. Ingat, fabrik juga dibuat menggunakan bahan kimia dan melalui pelbagai “tangan” ketika proses pembungkusan dan sebagainya.
7. Pastikan anda membeli saiz yang betul. Saiz yang terlalu kecil tidak akan memberikan sokongan yang lebih sebaliknya akan membuatkan anda tidak selesa dan yang terlalu besar pula tidak akan terletak baik di badan anda dan memberi sokongan secukupnya buat anda.
8. Jangan menjadikan pakaian pembentuk badan ini sebagai alasan untuk anda tidak bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat. Body shaper mungkin akan memberi sumbangan besar terhadap keyakinan anda kala berfesyen dan juga postur badan tapi bukan untuk masalah kesihatan lain yang anda perlu jaga seperti biasa.
9. Tidak rugi ‘melabur’ lebih untuk pakaian dalam. Elakkan beli body shaper murah yang terdapat di pasar-pasar malam atau dijual atas talian yang tidak tentu lagu kualitinya. Percayalah, anda hanya akan memakainya sekali dua sahaja gara-gara tidak selesa.
Imej dari : Splash News dan Website Spanx