Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

“Virus Ebola Mengorbankan 56 Orang Dalam Dua Hari” – WHO

by IamLisa
August 15, 2014
wild-wings-safaris.com

wild-wings-safaris.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
wild-wings-safaris.com
wild-wings-safaris.com

Persoalan kita apa itu virus ebola? Dari mana virus ebola ini datang? Ada ubat? Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.

Apa Itu Virus Ebola? Malaysia Perlu Berjaga-Jaga Kemungkinan Diserang Ebola

Terkini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata virus Ebola mengakibatkan 56 orang terkorban dalam tempoh dua hari sahaja, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,069 orang. 

Jumlah kematian itu, yang melepasi angka 1,000 pada penghujung minggu lalu, meningkat tinggi antara 10 dan 11 Ogos. Angka berkenaan mengesahkan bahawa jangkitan itu melompat sebanyak 128 kes dalam dua hari, menjadikan keseluruhan mereka yang dijangkiti 1,975 orang, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Kes baharu dan kematian didaftar di semua empat negara Afrika yang paling teruk dilanda wabak itu sejak ia dikesan empat dekad lalu. Liberia menyaksikan 71 kes baharu dan 32 kematian baharu, manakala Sierra Leone merakamkan 53 kes baharu dan 19 lagi kematian, menurut data terbaharu WHO. Guinea, di mana wabak itu mula tercetus pada awal tahun ini, mendaftar empat kes baharu dan empat kematian baharu. Nigeria mencatatkan satu lagi kematian, menjadikannya tiga tetapi WHO menyatakan jumlah kes mereka yang disyaki, kemungkinan dijangkiti dan disahkan mengalami penurunan daripada 13 kepada 12. 

mynewshub & bernama

Tags: afrikaebolainfo virus ebolapenyakit ebolapenyakit virus ebolasimpton ebolavaksin ebolavirus ebola
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Fesyen

Bergaya Seperti Puteri Raja Dengan Aksesori Rambut Headband

by IamLisa
May 24, 2022
0

Headband merupakan aksesori diraja! Kamu tak perlu mendandan rambut bila mengenakan headband, itu yang best dan sangat memudahkan! Headband bukan...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.