Galeri dinding adalah cara yang mudah memaparkan semua perkara manis dan indah, seperti potret keluarga, pengembaraan ke negara asing, surat-surat berharga. Tetapi perlu diingatkan ada satu garis halus antara mewujudkan kolaj yang menarik dan kemas, montaj penuh sesak.
Diperolehi daripada Vogue, Wanista kongsikan 10 idea dan nasihat dalam membantu anda membina sebuah galeri dinding yang sempurna dan seimbang.
Himpunan gambar di tangga – Gambar berbingkai di tangga untuk menambah faedah dinding daripada dibiarkan kosong.
Campuran bingkai baru dan lama – Supaya tidak kelihatan bosan, cuba campuran bingkai gambar, contohnya gambar kahwin ibu bapa anda ketika muda dengan gambar percutian keluarga yang terkini dengan kelihatannya cucu cicit.
Tiada tukul dan paku tidak menjadi masalah – Tiada tukul dan paku juga anda boleh menggantungkan gambar berbingkai, dengan hanya rak atau meja untuk menyandarkan gambar ke dinding. Malah, langsung tidak mencacatkan dinding anda di kemudia hari.
Cermin dan gambar bergabung – Mengubahnya dengan menambah cermin antik untuk dimensi.
Tema – Berpegang kepada tema atau warna skim tertentu untuk memastikan bahawa satu bahagian tidak menonjol daripada yang lain.
Risiko menggantungkan gambar di dinding batu-bata – Walaupun ia memerlukan usaha yang lebih, bingkai kayu menambah kehangatan kepada dinding bata untuk mendapatkan hasil yang lebih berbaloi dan menarik.
Tiada limit dalam meletakkan gambar – Jangan mengehadkan diri anda untuk memaparkan seberapa banyak gambar dan memori kegemaran di dinding. Anda hanya perlu menampal siri gambar Polaroid kecil bagi menambahkan warna di ruang rumah.
Kemasan – Sebelum meletakkan tukul ke dinding, tandakan sempadan bingkai dengan pita untuk memastikan jarak yang betul.
Perabot melengkapkan hiasan gambar – Membina dinding galeri anda di sekitar perabot tertentu di dalam bilik untuk rupa yang seimbang dan mendalam.
Main dengan corak – Gantungkan gambar pada dinding ‘wallpaper’ adalah seperti mencampurkan cetakan dalam fesyen. Jadi, anda perlu bermain dengan gaya dan warna agar gambar tersebut lebih menonjol daripada wallpaper.