Rasanya semua tahu bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo enggan menukar jersi dengan pemain Israel bagi menunjukkan sokongan beliau terhadap Palestin.
Malah, pada tahun 2011, beliau menerima anugerah Kasut Emas bernilai £1m daripada Real Madrid Foundation. But itu kemudiannya dijual pada lelongan dengan dana yang digunakan untuk membantu membina sekolah-sekolah di Palestin.
Semasa masih bermain untuk Manchester United, Ronaldo telah bergambar dengan memakai selendang Palestin sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.
Terbaru, Cristiano Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar. Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.
“Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.
“Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!,” tegasnya.
Menurut Ronaldo, dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai sokongannya terhadap Palestin.
“Sebab utamanya ialah saya percaya kepada pembebasan Palestin. Selain itu, saya benci melihat anak-anak yang terpaksa menempuh kesulitan untuk meneruskan kehidupan.
“Saya mahu anak-anak kecil itu bebas daripada cengkaman keganasan dan melalui kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.
“Walaupun saya dan keluarga tidak pernah berdepan dengan peperangan seperti itu, namun saya dapat merasai sedikit kesengsaraan mereka.
“Ini kerana, kehidupan saya ketika kanak-kanak sangat daif dan kami sekeluarga pernah merempat. Bila mengingati saat itu, hati saya tersentuh dan sangat memahami keadaan kanak-kanak di sana,” katanya.
Sinar Harian Online, mynewshub.my, onlineislamicworld blogspot, buzzfeed