Ramai yang sudah bertindak memboikot produk-produk yang didapati menyalurkan dana kepada Israel. Restoran makanan segera McDonald antara yang mendapat tempias paling kencang.
Semalam di Terengganu, sekumpulan orang ramai dilaporkan telah datang membuat bantahan di hadapan restoran McDonald Dungun. Mereka juga telah bertindak mengganggu premis restoran tersebut, membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai. Persoalannya, adakah kita perlu memboikot sehingga ke tahap sebegini?
Pertubuhan Aqsa Syarif, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka dan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin melalui akaun Facebook mereka telah menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan tersebut. Kami di Wanista.com juga menyokong 100 % kenyataan ini.
Boikot mengikut emosi dan amarah seperti ini secara tidak langsung memburukkan imej umat Islam sendiri. Jadi bagaimana cara boikot yang sebenarnya, kami suka dengan saranan yang dikongsikan oleh pelakon Yatt Hamzah di laman Instagramnya. Cuba renungkan.
[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya] BOIKOT DENGAN ILMU. BOIKOT DENGAN AKHLAK. Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel. 1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya. 2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti ‘Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..’ Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka. 3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut. 4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan. 5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu. 6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat. 7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna. Inilah pendirian PEMBOIKOT BERAKHLAK & BERETIKA. #KEEPBOYCOT #BOYCOTTISRAELIPRODUCTS #BOIKOTPRODUKISRAEL #YAHUDILAKNATULLAH #ZIONISTGOTOHELL #ZIONISTISREALTERRORIST #ISRAELISREALTERRORIST #ISRAELGOTOHELL
Kami setuju 100 % juga dengan pendapat Aflin Shauki di Instagramnya.
Macam mana nak boycott? Kalau kat dapur dah ada 10 tin milo, tak payahlah pergi buang pasal makanan tu sendiri tak haram. Guna sampai habis tapi jgn beli lagi. Itu boycot. Masa saya di gaza, saya sendiri di hidang coke, tapi itu minuman yg org palestin dapat beli dari israel. Kalau org bagi, kita boleh cakap kita tak minum coke kerana boycott, tapi tak salah kalau kita minum pasal kita tak membelinya, untuk menjaga hati tuan rumah. Ada sedikit perkongsian dari sahabat usrah saya helmee yusof, Pmboikotan ikut KMAMPUAN. Jika ia KPRLUAN, try cr ALTERNATIF..”Allah xkn beban ssuatu mlainkn dlm kmampuan hambaNya”. Boikot krn FHM & TAU, bkn krn EMOSI. InsyaAllah pmboikotan jd IBADAH bkn tmpt luahan mrh
Jadi ingat, boikot dengan akal dan akhlak bukan dengan emosi.
[Kredit imej : Portal Tranung Kita, Instagram Yatt Hamzah, Instagram Afdlin Shauki dan Facebook ]