Antara aplikasi yang “wajib ada” dalam telefon pintar anda tentu Camera 360 kan. Itu belum lagi pelbagai lagi apps lain untuk menjadikan gambar nampak lebih cantik dan menarik di alam maya.
Kalau dengan applikasi 360 kulit akan tampak berseri dan flawless serta merta satu lagi apps telah diperkenalkan supaya anda tampak lebih tinggi dan langsing di dalam gambar. Ya, ianya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan satu applikasi yang dinamakan “Spring“.
Applikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti iOS dan juga Android. Seperti namanya , ia bertindak seperti spring yang meregangkan badan. Pilih dua ke tiga titik badan yang ingin yang dipanjangkan misalnya bahu , pinggang , atau buku lali. Hasilnya ; figure bak supermodel terkenal dalam gambar anda. Selamat mencuba.