Masih ingat dengan pelakon Lizzie McGuire? Ya aktres dan juga penyanyi yang telah menghilangkan diri selama 7 tahun selepas berkahwin kini tampil dengan video muzik single terkininya iaitu “Chasing The Sun”. Lagu berunsur pop ini sesuai dengan musim panas dan khabarnya Hilary Duff bekerja keras menurunkan berat badan semata-mata ingin nampak cantik dan langsing dalam video muziknya ini!
Lagu ini dihasilkan bersama Colbie Caillat dan ianya merupakan lagu pertama sejak Hilary melancarkan album “Dignity” pada tahun 2007. Jom dengar!