Bulan Ramadan disifatkan oleh lebih satu bilion umat Islam yang berpuasa pada siang harinya sebagai waktu yang spiritual dan menggembirakan. Bersama rakan-rakan dan ahli keluarga yang berkumpul dengan lebih kerap untuk berkongsi hidangan kegemaran mereka, satu kajian baharu menunjukkan bahawa apabila berbuka puasa, kira-kira tiga perempat umat Islam mengambil berat tentang jenis makanan yang mereka akan nikmati.
Kajian yang dijalankan di Mesir, Malaysia, Arab Saudi dan Turki melibatkan lebih 4,000 orang Islam. Ia bertujuan melihat tabiat pemakanan dan trend ketika Iftar yang lebih dikenali sebagai ‘berbuka puasa’ di Malaysia. Di samping waktu yang dihabiskan untuk berpuasa, kajian itu turut mendapati bahawa penyediaan dan pengambilan makanan memainkan peranan penting sepanjang Ramadan.
Kajian mendapati :
1. Di Malaysia, 25% responden mendapati mereka menghabiskan lebih banyak masa di dapur sewaktu Ramadan, berbanding bulan-bulan lain sepanjang tahun. Hampir separuh daripada mereka yang ditemu bual juga menyatakan mereka berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sara Elnakib, RD MPH, seorang pakar nutrisi dan penyumbang kepada laporan Philips percaya bahawa Ramadan boleh digunakan sebagai satu peluang mengubah tabiat pemakanan yang mampu membawa kepada gaya hidup lebih sihat sepanjang tahun. “Belajar untuk makan secara sihat pada bulan Ramadan boleh membantu umat Islam di seluruh dunia mengadaptasi gaya pemakanan sihat sepanjang tahun,” katanya.
2. 32% Muslim di Malaysia menyatakan memasak makanan yang sihat sebagai persediaan Iftar merupakan cabaran terbesar buat mereka. Menurut lebih satu perempat daripada responden, satu lagi faktor penyumbang adalah penyediaan makanan yang sihat memakan masa lebih lama.
3. Sebahagian responden mendapati adalah lebih mudah untuk makan di luar berikutan peningkatan jumlah restoran, kedai-kedai serbaneka dan makanan segera menawarkan promosi sempena Ramadan. Di Malaysia, 84% makanan yang sudah siap dimasak dibeli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Manakala baki 16% makan di luar pada setiap hari. Hasilnya, Ramadan menjadi tempoh yang ‘mahal’ dengan 45% bimbang mengenai berapa banyak wang terpaksa mereka belanjakan untuk membeli makanan di bulan Ramadan.
4. 84% responden di empat buah negara percaya bahawa tabiat pemakanan sewaktu Ramadan berubah mengikut masa. 61% Muslim di Malaysia menyedari bahawa secara keseluruhannya, makan dengan sihat adalah penting. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk ahli keluarga mereka. Hampir separuh ingin mengetahui bagaimana untuk mengekalkan diet yang sihat sepanjang tahun dan bukannya setakat di bulan Ramadan.
5. 86% telah mencuba resepi baharu sepanjang Ramadan. Sementara lebih daripada separuh mendapatkan resepi, idea dan inspirasi daripada internet serta televisyen. Kesungguhan untuk mencuba cara baharu memasak masakan lebih sihat dan menambah pengalaman sepanjang tempoh istimewa ini berada di tahap paling tinggi dalam kalangan umat Islam.
Philips Home Living di laman Facebook
Kajian ini menunjukkan bahawa tabiat pemakanan dan sikap berubah sepanjang Ramadan. Dengan memahami trend ini, Philips dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai cara makanan yang lebih sihat dan sedap boleh disediakan dengan lebih cepat dan menyeronokkan di Philips Home Living di laman Facebook. Ia menyediakan satu platform yang membolehkan tip-tip pemakanan sepanjang Ramadan dan resepi dapat dikongsi dengan mudah. Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar nutrisi dan chef. Kami juga mempunyai satu rangkaian produk yang direka bagi menyokong keluarga-keluarga serta memperkasakan mereka untuk menikmati makanan yang dimasak sendiri dan lebih sihat bersama-sama.”
Philips Airfryer boleh membakar, memanggang dan menggoreng makanan yang enak dengan 80% kurang lemak apabila hanya menggunakan sedikit atau tanpa minyak. Ia boleh menjadi cara alternatif untuk menyediakan samosa goreng yang popular dan cukup digemari sewaktu bulan Ramadan. Philips Soup Maker pula membolehkan sup yang menyihatkan dan dalam jumlah yang banyak dihasilkan dengan mudah.
Layari laman web Philips di http://www.philips.com.my untuk mengetahui produk-produk yang boleh membantu anda menghasilkan masakan yang lebih sihat sepanjang Ramadan ini. Layari https://www.facebook.com/PhilipsHomeLiving.myuntuk mengetahui promosi-promosi sepanjang bulan yang mulia ini.