Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Cara Untuk Melembutkan Daging Beku Dalam Masa 5 Minit

by Wanista Newsdesk
July 11, 2014
3.7k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang leceh dan lama untuk menunggu daging yang kita bekukan dalam peti sejuk menjadi lembut sebelum dimasak. Kebiasannya , daging direndam dalam air untuk dilembutkan namun ia mengambil masa yang lama (kira-kira sejam) untuk menjadi lembut. Antara cara paling cepat dan mudah ialah dengan memasukkan daging ke dalam microwave namun kebiasannya kesegaran daging akan sedikit “lari” dan kemungkinan juga masakan anda akan menjadi overcooked.

Apa kata , anda cuba pula petua yang disiarkan oleh  CTi,  sebuah stesyen televisyen dari Taiwan. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel .

1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut  menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Untuk memudahkan pemahaman anda, kami kongsikan video penyiaran tips berkenaan. Video ini adalah dalam bahasa cina, namun visualnya masih dapat membantu anda memahami langkah yang perlu diambil.

Secara fizik, logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang baik  dan haba yang dihasilkan melalui  proses ini sudah cukup kuat untuk melembutkan daging . Tekanan dari air juga menekan logam di atas daging sekaligus  meningkatkan kawasan permukaannya supaya ia boleh menyalurkan lebih banyak haba dari yang mempercepatkan daging menjadi lembut.

Jadi proses memasak anda akan menjadi lebih cepat selepas ini. Tak perlu gusar lagi kalau anda terlupa untuk merendam daging lebih awal ataupun membatalkan niat anda untuk memasak gara-gara perlu menunggu lama. Selamat mencuba !!

Sumber 

FILED UNDER bagaimana cairkan daging dalam peti ais dengan cepatcara mudah dan pantas lembutkan daging dari peti sejukCara Untuk Melembutkan Daging Beku Dalam Masa 5 Minittips mencairkan daging beku
Share1462SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.