Belum pun memasuki dan tinggal di kediaman mewah milik mereka, pasangan Kim Kardashian dan Kanye West dikatakan ingin menjual kediaman mewah yang berjumlah $11 juta di Bel-Air secepat mungkin. Difahamkan pasangan itu tidak memberitahu lebih lanjut tentang sebab mereka mahu menjual kediaman mewah tersebut.
Rumah agam 9,000 kaki persegi terletak di Bel-Air meliputi lima bilik tidur dan tujuh bilik mandi dan telah diubahsuai sejak pasangan itu membelinya pada bulan Januari 2013. Sepanjang pembinaan dan pengubahsuaian rumah agam ini, pasangan ini dan anak mereka North West telah tinggal bersama Kris Jenner selama lebih setahun.
Sebelum ini Kim pernah memberitahu konflik tinggal bersama ibunya, “Saya benar-benar tidak fikir pembinaan rumah kami akan mengambil masa yang panjang tetapi sekarang saya suka tinggal di sini. Ia mempunyai segala-galanya yang saya perlukan, dan saya suka menghabiskan masa ini dengan ibu dan adik-adik saya.