Bahan-bahan
Doh minyak
- 75 gm marjerin
- 150 gm tepung
Doh biasa
- 350 gm tepung gandum
- 1/2 sd teh garam
- air (lebih kurang 1/2 cawan)
- 2 sd besar minyak masak yang dipanaskan
Inti Karipap ( daging )
- 300gram daging cincang
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- sedikit halia
- 1 biji kentang ( dipotong dadu kecil-kecil )
- rempah kari Baba’s atau rempah biasa
- sedikit garam
Cara penyediaan doh :
- Campur bahan doh minyak dalam sebuah mangkuk dan uli hingga menjadi sebuku doh. Bahagi kpd 16 bebola.
- Campur bahan doh biasa dalam sebuah mangkuk dan uli sampai jadi doh yang licin. Bahagi kepada 16 bebola.
- Masukkan doh minyak ke dalam doh biasa, bulatkan. Buah semua sehingga habis semua doh.
- Canai seketul doh sampai nipis kemudian gulungkan.
- Canai doh tersebut dalam bentuk memanjang. Gulungkan.
- Potong dua bahagian doh tersebut dengan pisau tajam.
- Canai satu bahagian doh itu , terbalikkan masukkan inti . Tutup rapat.Kelim tepinya.
- goreng dalam minyak sederhana panas.
- Hidangkan
Untuk menyediakan Inti :
- Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dihiris nipis serta halia dan bawang putih yang ditumbuk. Masak hingga kekuningan.
- Masukkan daging dan kentang, masak dalam masa 1 minit.
- Kemudian tambahkan rempah kari Baba’s dan juga garam. Masak hingga kentang lembut. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam karipap.