Saat matahari terbenam, maghrib tiba dan kita mula berbuka puasa. Tapi, bolehkah anda membayangkan kalau anda tinggal di wilayah, yang mana matahari langsung tidak terbenam hingga menjelang tengah malam?
Kiruna, sebuah wilayah di utara Sweden. Wilayah ini masih termasuk dalam bahagian utara Lingkaran Artik. Saat ini sedang musim panas di sana dan beberapa muslim menjalankan ibadah puasa, sama seperti yang kita lakukan. Namun, ada yang berbeza dengan muslim di wilayah ini.
Yang unik adalah, di sini matahari langsung tidak terbenam. Bahkan lima minit menjelang tengah malam pun, matahari masih bersinar seperti masih pukul 3 petang. Jadi matahari sentiasa menyinari dalam waktu yang cukup lama. Lalu, bagaimana mereka mengatur waktu berbuka?
Puasa di sana memang sedikit lebih panjang. Tapi, mereka berbuka mengikuti wilayah Stockholm. Beruntungnya, cuaca sedikit lebih sejuk. Walaupun mereka lapar, mereka tidak terlalu haus. Walaupun sudah memasuki Maghrib tetapi di luar masih cerah dengan sinaran mentari.
“Saya mula berpuasa dengan bersahur dan matahari tegak bersinar ketika jam menunjukkan waktu 3.30 pagi. Saya meletakkan dua langsir di dalam bilik saya dan masih ada cahaya apabila saya tidur,” jelas Ghassan Alankar dari Syria merujuk kepada keadaan Ramadan di Kiruna.
Kalau kita terbiasa solat Maghrib dengan langit yang mulai redup, di Kiruna matahari masih menyinari. Sebenarnya, pemandangan ini begitu unik dan eksotik. Apa yang boleh dikatakan, betapa Allah SWT menciptakan alam semesta dengan kepelbagaian yang indah.