Alhamdulillah, bulan Ramadhan kali ini membawa banyak perubahan terutamanya terhadap penampilan selebriti di Malaysia. Mana tidaknya, setiap minggu boleh dikatakan ada seorang selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk tampil berhijab penuh. Raja Azmi, Nelydia Senrose, Neelofa, dan kini pelakon wanita tersohor Ummi Aida pula terbuka hati untuk mengenakan hijab dan menutup aurat. Kami amat-amat gembira dengan perubahan positif dan seterusnya mengajak ramai lagi peminat untuk mengikut jejak langkah mereka.
Menurut laporan akhbar, penyertaannya dalam satu kelas agama telah membuka hatinya untuk berhijab dan kini apabila ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berhijab penuh, dia menyatakan yang hatinya sudah bersedia 100%.
Kami ingin berkongsi gambar manis Ummi Aida berhijab!