Jenama peneraju sabun di dunia, Lifebuoy melancarkan kempen inovatif, Salam Sesuci Lifebuoy – Sebarkan Kemesraan, Bukan Kuman, memastikan keluarga Malaysia sentiasa dilindungi.
Kempen Salam Sesuci Lifebuoy yang memastikan interaksi penuh, Lifebuoy kini dalam misi untuk mendidik dan memperkasakan golongan ibu bapa, terutama para ibu bahawa walaupun kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia sebenarnya ada di mana-mana dan boleh dipindahkan melalui sentuhan tangan. Menerusi perlindungan kuman yang betul, rakyat Malaysia akan sentiasa dilindungi, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Sebagai sebahagian daripada kempen Salam Sesuci, Lifebuoy meneruskan komitmennya untuk menggalakkan tabiat mencuci tangan dan mandi dengan sabun melalui satu siri webisode yang menekankan nilai-nilai penting dan tips menjaga kesihatan dan kebersihan semasa Ramadan, yang digambarkan oleh cerita dan testimoni keluarga sebenar dari lapisan yang berbeza dalam kehidupan. Sumber-sumber informatif seperti infografik akan dikongsi secara dalam talian dan medium tradisional bagi memastikan para ibu terus diberitahu mengenai amalan-amalan kebersihan yang efektif agar lebih ke hadapan dalam aspek perlindungan daripada kuman.
Cara penyertaan :-
Kempen Salam Sesuci Lifebuoy menggalakkan para ibu dan keluarga supaya mengikrarkan komitmen mereka untuk membasuh tangan, menerusi salah satu cara yang paling berkesan dalam menyebarkan mesej pada masa kini – komuniti dalam talian Facebook: Lifebuoy
Untuk mengikrar untuk sentiasa dilindungi, para pengunjung boleh menikmati perjalanan penuh pengajaran menerusi satu permainan digital yang menyeronokkan. Permainan itu menyentuh tentang realiti-realiti yang dilalui oleh seorang kanak-kanak yang berpuasa buat pertama kali di bulan Ramadan dengan minda dan tubuh yang bersih.
Sebaik sahaja jumlah janji atau poin mencapai sasaran 80,000, angka itu akan ditukar menjadi sumbangan kewangan berjumlah RM80,000 kepada dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Taqwa and Rumah Putera Harapan. Selain menyemai tabiat kebersihan diri yang sihat, kempen ini juga menggalakkan amalan memberi, satu nilai yang sangat signifikan dan digalakkan sepanjang bulan Ramadan. Maka, tabiat positif dari usia kecil ini boleh dibawa hingga ke dewasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen atau untuk mengikrarkan janji untuk sentiasa dilindungi melalui kebersihan diri, sila layari laman Facebook: Lifebuoy dan untuk menonton webisodes, layari: Lifebuoy Malaysia