Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kesihatan

8 Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan

by Wanista Newsdesk
June 30, 2014
8 Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan
3.9k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pada bulan Ramadhan ini, buah tembikai adalah antara menu berbuka puasa paling popular. Malah ramai betul yang sukakan jus tembikai sebagai minuman berbuka puasa mereka.  Jom kita semak apa khasiatnya buah ini kepada tubuh badan kita.

1. Mencegah penyakit asma

Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

2. Mengawal tekanan darah

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid  di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau  hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.

Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman

 Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat   membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

IKLAN

5. Penghidratan

Mengandungi  92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

6. Mengatasi masalah keradangan

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan  kronik

7. Mengurangkan kesakitan Otot 

Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang  asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

8. Kulit yang sihat 

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang  lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan,  untuk mempunyai kulit  dan rambut yang sihat.

-Via 

Tags: 8 Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatanbuah tembikai dan kesihatankebaikan makan tembikai
Share1548SendShare

Artikel Berkaitan

Muda Lagi Tapi Rambut Dah Ada Uban, Kenapa Agaknya
Tips - Kesihatan

Muda Lagi Tapi Rambut Dah Ada Uban, Kenapa Agaknya

by IamLisa
August 6, 2021
0

Semua orang akan merasai tua dan salah satu cara nak mengenali seseorang sudah lanjut usia apabila rambut mulai beruban. Uban...

Baca Lagi
Minum Jus Saderi Setiap Pagi, Badan Kamu Akan Langsing Macam Miranda Kerr
Tips - Kesihatan

Minum Jus Saderi Setiap Pagi, Badan Kamu Akan Langsing Macam Miranda Kerr

by IamLisa
May 26, 2021
0

Mungkin anda pernah melihat #celeryjuice memenuhi ruang Instagram. Tertanya juga penulis, apakah hype tentang jus saderi ini, sehingga ramai mengamalkannya....

Baca Lagi
Kurus Ketika Tidur? Ini Cara Yang Betul Kamu Kena Buat
Tips - Kesihatan

Kurus Ketika Tidur? Ini Cara Yang Betul Kamu Kena Buat

by IamLisa
March 29, 2021
0

Macam mana tidur efektif untuk membakar kalori sekaligus penurunan berat badan? Anda teruskan bersenam dan amalan pemakanan sihat setiap hari,...

Baca Lagi
Sakit Belakang Boleh Hilang Dengan Yoga Pose Ini
Tips - Kesihatan

Sakit Belakang Boleh Hilang Dengan Yoga Pose Ini

by Sofie Azizlan
March 18, 2021
0

Pernah tak kamu alami rasa sakit belakang yang melampau? Rasa sakit sangat tak kiralah sama ada nak bangun berdiri mahupun...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Lihat Rambut Baru Gigi & Bella Hadid Untuk Marc Jacobs, Betul Cukur Ke?

  2. 2

    Buat Macam Ini, Celah Paha Hitam Boleh Cerah Dalam Seminggu!

  3. 3

    Tampil Maskulin Pakai Suit, Copy Paste Gaya Selebriti Ini

  4. 4

    7 Sunscreen Dari Biore Yang Bagus Menurut Netizen

  5. 5

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.