Aktres kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan baru-baru ini telah menyenaraikan 36 orang lelaki yang pernah ditidurinya termasuklah beberapa nama besar dalam industri perfileman dan juga selebriti.
Menurut laporan majalah InTouch, beberapa selebriti berprofil tinggi turut tersenarai termasuklah Heath Ledger, Adam Levine, Zac Efron, Justin Timberlake , James Franco, Joaquin Phoenix dan ramai lagi.
Malah, yang terbaru, vokalis Maroon 5, Adam Levine telah menafikan pernah menjalinkan hubungan intim dengan pelakon filem Mean Girls itu.
“Perkara itu tidak benar. Saya tidak pernah melakukan seks dengan Lindsay Lohan. Saya sanggup bersumpah, memang saya tidak pernah melakukan seks dengannya!” katanya ketika menjadi tetamu program The Howard Stern Show.
Adam dilaporkan bakal berkahwin dengan tunangnya, Behati Prinsloo pada 19 Julai depan selepas hampir dua tahun bercinta.